NasionalNegeri

Penganjuran SKAW di Perlis disifatkan terbaik

SIDANG Komander Askar Wataniah (SKAW) Tentera Darat Malaysia Siri 33/2022 yang dihoskan di Perlis oleh Rejimen 504 Askar Wataniah melabuhkan tirainya pada Ahad lalu dengan perancangan serta pelaksanaannya diberi kepujian majoriti para peserta sebagai penanda aras yang amat tinggi bagi penganjuran siri-siri persidangan yang akan datang.

Segala perancangan program diatur dengan teliti, kreatif, berkesan dan terbaik oleh pihak tuan rumah yang diketuai sendiri oleh Raja Muda Perlis, Brigedier Jeneral Tuanku Syed Faizuddin selaku Komander rejimen berpangkalan di Kem Bukit Keteri berkenaan.

Rejimen 504 Askar Wataniah melalui Timbalan Komandernya Leftenan Kolonel Lasahi Laiji dan seluruh warganya juga turut mendapat kerjasama dan dokongan padu daripada Kerajaan Negeri serta pelbagai agensi Negeri dan Persekutuan.

Ini termasuk Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bagi menjayakan venue persidangan dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) selaku penganjur bersama program Jiwa Murni dan ‘Explorace’ di sekitar Projek Transformasi DiRaja Kampung Nelayan Warna Warni Seberang Ramai Kuala Perlis, pihak swasta serta formasi setempat.

Kemuncak program pada kali ini adalah majlis sembah mengadap ke atas Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid yang disusuli dengan undangan menghadiri Majlis Santapan DiRaja yang diadakan di Balai Bankuasi Istana Arau pada Jumaat malam.

Tambah istimewa ialah buat julung-julung kalinya program pengantarabangsaan diadakan sempena SKAW dengan komander-komander dibawa melawat kem 5 Brigade Task Force Royal Thai Army di Sadao, Thailand.

Menyambut dan seterusnya menyampaikan taklimat adalah kepimpinan tertinggi Divisyen Ke 5 Infantri Royal Thai Army, Jeneral Memerintah – Mejar Jeneral Woradet Detrugsa yang diiringi Pegawai Memerintah Senior Colonel
Tanitpon Hongwilai dan Kolonel Jatuporn Taneepat.

Turut hadir ialah Duta Besar Malaysia ke Thailand, Datuk Jojie Samuel dan Penasihat Pertahanan di Kedutaan Besar Malaysia Bangkok, Brigedier Jeneral Samsul Rizal Musa yang merupakan ketua penyelaras bagi lawatan ke kem tersebut dengan kerjasama Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla dan juga Penasihat Pertahanan di Kedutaan Besar Thailand di Kuala Lumpur.

 

Lawatan tersebut berjaya memberikan gambaran secara lebih dekat berhubung rutin dan persekitran bekerja di kem tentera di Thailand kepada para Komander selain memberi platform untuk menjalinkan hubungan yang lebih baik antara para Komander dan pegawai-pegawai tentera negara jiran kita tersebut, di samping menggalakkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Thailand.

Semua Komander yang hadir komited akan terus berusaha keras bagi meningkatkan lagi martabat Askar Wataniah agar ianya sentiasa dihormati dan disegani oleh masyarakat.

Dengan usaha yang gigih, Askar Wataniah akan terus berkembang sejajar dengan Pembangunan Jangka Panjang Tentera Darat iaitu ‘Army For Next Generation (Army 4NextG) dan Pelan Strategik Halatuju Askar Wataniah 2022-2030. – SM

(Visited 389 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button