Hiburanpilihan

Siapa pelakon wanita senior guna ‘mak esah’?

KISAH ‘Mak Esah’ dan mandrum bukan perkara baharu dalam permainan pelakon tanah air. Sejak dahulu lagi, peminat atau followers dunia hiburan sinonim dengan kisah artis guna khidmat mak esah untuk laris di mata produser atau pengarah.

Ku sangkakan tahun 2022 ini, orang sudah berubah mentalitinya yang mana, tidak lagi menggunakan mandrum atau mak esah atau bomoh-bomoh.

Rupa-rupanya, tidak! Habit lama memang sukar nak buang, tak gitu? Jadi, terkini, dengan menggunakan media sosial, terpampang rakaman seorang aktres senior sedang membaca mantera.

Eh! Benarkah baca mantera atapun dia sebenarnya sedang hafal dialog dalam skrip? Wallahhuklam.
Apabila ditonton semula rakaman berkenaan, ada pula kapsyen yang memberikan naratif atau penceritaan luahan rasa individu yang dikatakan sudah hilang sabar dengan karenah aktres senior itu.

Hanya mereka yang rapat dan berada dikeliling kedua-dua pihak sahaja yang akan tahu, apakah benar aktres senior itu mengamalkan mak esah.

Janganlah kita mudah menuduh atau percaya tanpa mengetahui duduk perkara sebenar.
Sebagai orang Islam, jangan kita syirik dan percaya kepada perkara yang khurafat.

Dunia hiburan hari ini sepatutnya berubah mengikut peredaran zaman. Bukan duduk di takuk lama yang mana penggunaan mak esah menjadi pilihan untuk popular.
Bersandar pada bakat, usaha dan selebihnya tawakal kepada Allah kerana rezeki datang dariNYA. – SM

(Visited 684 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button