NasionalPendidikan

PM mahu kesedaran menabung, penglibatan saham bermula di sekolah

PERDANA Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim mahu tanggungjawab, pencerahan dan kesedaran mengenai menabung atau penglibatan dalam saham dimulakan di peringkat sekolah.

Sehubungan itu, satu perbincangan antara Permodalan Nasional Berhad (PNB) dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk memperluaskan mengenai perkara itu akan diadakan tidak lama lagi.

Perdana Menteri Anwar berkata, dengan rekod, integriti syarikat dan pengurusan baik yang ditunjukkan PNB, pencerahan mengenai saham dan simpanan perlu dilaksanakan bermula dengan melatih guru-guru terpilih di sekolah.

Menurut beliau, berdasarkan agenda kelestarian PNB, ia merupakan sebuah syarikat yang mempunyai rekod pengurusan yang baik setelah sekian lama.

“Oleh yang demikian, saya bagi jaminan pada pengerusi (PNB) untuk mengadakan satu perbincangan dengan KPM dan KPT bagi memperluaskan mengenai kesedaran menabung dan penglibatan dalam saham ini di sekolah-sekolah.

“Kita pilih guru, latih mereka dan berikan latihan daripada PNB sendiri untuk memberikan pencerahan dan tanggungjawab kesedaran tambahan di peringkat sekolah, iaitu literasi saham serta pendedahan awal mengenainya,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Perasmian Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2023, semalam.

Turut hadir, Pengerusi Kumpulan PNB, Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dan barisan Exco Kerajaan Pulau Pinang serta orang kenamaan lain. – SUMBER SINAR HARIAN – SM

BACA Lamees anak kecil menabung untuk sedekah

BACA Didik amalan menabung sedari kecil – Raja Muda Perlis

(Visited 68 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button