JenayahNasionalNegeri

Berebut teman wanita, remaja 15 tahun dipukul sekumpulan pelajar

KALAU bukan kes buli, kes gaduh dilaporkan berlaku di sekolah dan inilah remaja hari ini yang bakal mewarisi negara. Mereka sanggup bergaduh, bertumbuk gara-gara berebut seorang teman wanita.

Ya, di Johor, inilah kejadian terkini yang berlaku. Disebabkan berebut teman wanita, seorang remaja lelaki dibelasah oleh sekumpuylan pelajar sekolah menengah di kawasan rekreasi dalam Taman Bistari Indah pada 9 Ogos lalu.

Macamlah awek yang menjadi rebutan itu akan menjadi isteri yang sah dan cinta monyet di peringkat sekolah menengah ini tidak semestinya sampai ke jenjang pelamin.

Tiada jaminan tetapi realtitinya, remaja lelaki berkenaan cedera, bengkak, biru, lebam kerana dipukul.

Amat tidak gentlemen, kalau betul anak jantan, kenapa nak panggil geng untuk pukul? Ini bukan calon suami ya. Mungkin gadis yang menjadi rebutan itu perlu tahu, apa yang berlaku mencemarkan nama sekolah juga.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Raub Selamat berkata, pihak polis telah

menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 4.09 petang semalam daripada mangsa yang berusia 15 tahun.

Pada masa sama katanya, pihak polis mengesan video berdurasi 59 saat berkenaan kejadian tersebut yang tular dalam media sosial pada jam 8.45, malam Isnin.

Video berkenaan memaparkan seorang remaja lelaki dipukul beberapa remaja lelaki di tempat awam.

Menerusi laporan polis itu, mangsa memberitahu dia ditendang, dipijak, disepak dan ditumbuk beberapa kali di bahagian depan dan belakang badan selain di bahagian perut, peha serta lengan kiri dan kanan.

“Mangsa dipukul enam remaja lelaki warga tempatan dan seorang remaja lelaki warga asing berusia 14 sehingga 17 tahun,” kata ACP Raub dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, mangsa mengalami kecederaan lebam di bahagian lengan kiri dan kanan, bengkak peha kanan serta mengalami sakit seluruh badan.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan anggota dari Balai Polis Taman Pelangi Indah dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan telah melakukan enam serbuan di sekitar daerah ini pada jam 5.30 petang sehingga 9.34 malam Isnin,” katanya.

Bagaimanapun, tiada tangkap dibuat setakat ini. – SM

BACA 6 termasuk remaja ditahan bergaduh di pusat beli-belah Miri

BACA Bergaduh gara-gara dibaling pemadam pensil

(Visited 249 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button