Nasional

Warga emas maut, kereta terjunam dari tingkat 3

SEORANG warga emas berusia 63 maut selepas kereta yang dipandunya terjunam dari tingkat 3 bangunan meletak kenderaan di sebuah apartment di Bandar Baru Sentul, petang tadi.

Komander Operasi, Hafizan Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 6.18 petang tadi.

“Sebanyak sembilan anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Sentul telah dikerah ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian, kita mendapati sebuah kereta jenis Toyota Land Cruiser telah terlanggar temboh letak kereta dan terjunam ke bawah dari tingkat 3,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Keadaan kereta yang terjunam dari tingkat tiga sebuah apartment di Bandar Baru Sentul, petang tadi. – Gambar ihsan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) KL

Menurutnya lagi, mangsa yang berusia 63 tahun telah disahkan meninggal dunia oleh pihak kesihatan dari Hospital Kuala Lumpur.

Tambahnya, mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. -SM

(Visited 386 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button