Auto TravelBerita Auto

Yamaha MT-15 2022 kini dalam tiga warna baharu

HONG LEONG Yamaha Motor (HLYM) telah mengumumkan pilihan warna baharu untuk model MT-15.

Motosikal Yamaha MT15 dengan penampilan baru dalam tiga warna bergaya iaitu Icon Blue, Midnight Black dan Cyan Storm.

Barisan warna baharu motosikal Yamaha MT-15. Foto: HLYM

HLYM juga telah mengemas kini harganya untuk 2022 yang menyaksikan MT-15 kini ditawarkan pada harga RM12,298 berbanding RM11,988 sebelum ini, tidak termasuk yuran pendaftaran dan perlindungan insurans.

Kenaikan harga itu dijangka berikutan kesan susut nilai Ringgit serta peningkatan kos bahan yang dialami pasaran dunia ketika ini.

Motosikal Yamaha MT15 warna Midnight Black. Foto: HLYM

Bagi setiap pemilik baharu model Yamaha MT-15, mereka akan menerima kunci cakera keselamatan dengan setiap pembelian motosikal nanti.

Sementara itu, tiada perubahan spesifikasi diumumkan selain menyaksikan MT-15 kekal menawarkan enjin satu silinder 155cc dengan penyejukan cecair yang menghasilkan 19hp pada 10,000rpm dan 14.7Nm pada 8,500rpm. – SM

Artikel berkaitan;

Yamaha lancar model Y16ZR Edisi Terhad ‘World GP 60th Anniversary’

Lima Golongan Netizen Yang Sesuai Menunggang Yamaha 135LC Fi V8

(Visited 892 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button