Nasional

Negara PKP, darurat, tetapi kerajaan terlampau banyak berlembut

ulama

PERINTAH Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 sepatutnya lebih ketat berbanding PKP pertama kali dilaksanakan pada Mac tahun lalu, kerana ketika itu negara kita tidak berdepan penularan wabak Covid-19 mencecah lebih 4,000 kes sehari.

Jumlah kes yang begitu tinggi memang menakutkan dan bermakna wabak membunuh ini telah berada di sekeliling kita dan sukar dihapuskan.

Hanya dengan perintah berkurung dan suntikan vaksin dapat mengatasinya, walaupun jumlah yang meninggal dunia akibat suntikan vaksin juga menakutkan seperti berlaku di Norway 23 telah meninggal dunia selepas menerima suntikan tersebut.

Jika pelaksanaan PKP 1.0, jalan-jalan disekat dengan bongkah batu, sehingga penduduk tidak dapat keluar ke mana-mana, kecuali menyusup menggunakan motosikal dan basikal.

Tindakan itu mengehadkan pergerakan orang ramai ke tahap maksimum dan ia terbukti menurunkan kes mendadak, tetapi situasi itu berbeza sama sekali kali ini.

Tiada penutupan jalan secara maksimum dan orang ramai kelihatan bergerak ke sana dan ke sini dengan bebas seperti tidak ada sebarang sekatan PKP.

Bahkan disekatan jalan raya juga sangat minimum dan pemeriksaan tidak seketat sebelum ini.

Sedangkan minggu pertama PKP telah hampir berakhir. Dan tinggal hanya kira-kira seminggu lagi, dengan kes mencecah 4,000 lebih sehari.

Dengan jumlah kes yang menakutkan itu, seharusnya dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dengan segera.

Apatah lagi kini dilaksanakan perintah Darurat, sepatutnya ia sangat ketat. Bagaimanapun ia tidak berlaku.

Jika tempoh PKP pertama sampaikan hendak membeli roti dan tisu pun sukar kerana terputus bekalan, tetapi kini kedai-kedai dibuka seperti biasa, cuma dihadkan pada pukul 8 malam sahaja.

Premis menjual barangan kemas juga dibuka. Walaupun ketika tinjauan Suara Merdeka di ibu negara mendapati kawasan tumpuan sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman mendapati lengang, tetapi di bandar-bandar kecil ia sesak seperti biasa.

Ibu negara menjadi lengang kemungkinan besar kerana ramai penghuninya telah pulang ke kampung sebelum pelaksanakan PKP2.0 dan buktinya dapat dilihat apabila penularan kes kini meningkat di negeri-negeri pula, termasuk Kelantan yang terpaksa melaksanakan PKP.

Jika kaedah ini berterusan, saya menjangkakan tidak akan berlaku penurunan mendadak kes Covid-19 di negara ini seperti yang kita harapkan.

Kita melakukan perkara sia-sia dengan menjerumuskan ekonomi negara ke dalam situasi getir, pada masa yang sama penularan wabak tidak mampu ditangani.

Lebih buruk lagi kemudahan kesihatan yang ada tidak juga sudah tidak mampu menangani situasi berkenaan.

 

 

(Visited 754 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button