Nasional

Rayuan SOP Tahun Baru Cina

Kementerian Perpaduan Negara akan membawa pandangan dan rayuan masyarakat Tionghua kepada pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) berhubung upacara Makan Besar Keluarga dan kehadiran ke rumah ibadat Tokong pada 11,12 dan 19 Februari ini sempena perayaan Tahun Baharu Cina.

Ia susulan pandangan dan rayuan yang dibuat oleh masyarakat Cina berhubung prosedur standard operasi (SOP) sambutan Tahun Baharu Cina yang diumumkan kerajaan pada Khamis.

Dalam satu kenyataan, pihak Kementerian Perpaduan Negara menjelaskan, SOP yang diumumkan pihaknya dan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob adalah hasil perbincangan dengan 21 Badan Pertubuhan Agama, Persatuan Kebudayaan Cina dan pihak-pihak berkaitan pada 12 dan 18 Januari lalu.

“Antara persatuan yang terlibat adalah Malaysian Buddhist Association, Buddhist Missionaries Society Malaysia, Persatuan Agama Taoisme Malaysia, Lutheran Church of Malaysia, Association of Churches in Sarawak, Malaysian Chinese Muslim Association, Fo Guang Shan dan Persekutuan Persatuan Taoist Malaysia serta beberapa persatuan lain,” kata kenyataan tersebut.

Pihak Kementerian Perpaduan Negara menjelaskan, sebarang pengumuman berkaitan dengan pandangan dan rayuan yang dimasukkan dalam SOP Tahun Baharu Cina akan diumumkan oleh Menteri Kanan Pertahanan.

Sebelum ini Timbalan Menteri Perpaduan Negara, Datuk Seri Ti Lian Ker mendakwa, kerajaan melakukan “kesilapan” dalam SOP terbaharu untuk perayaan Tahun Baharu Cina minggu depan.

Dalam catatan di akaun Facebooknya, Lian Ker berkata, senarai yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) itu mesti ditarik balik dan diganti dengan versi yang disemak semula.

(Visited 410 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button