Luar Negara

WHO tidak galakkan sekatan perjalanan

PERTUBUHAN Kesihatan Sedunia (WHO) pada Jumaat memberi peringatan kepada negara-negara yang melaksanakan larangan perjalanan susulan penemuan varian baharu COVID-19.
Agensi itu sebaliknya berpendapat, kerajaan perlu mengambil risiko berdasarkan pendekatan saintifik.
Jurucakapnya Christian Lindmeier menegaskan, ia bimbang dengan tindakan mengenakan sekatan perjalanan.
“Pada ketika ini, melaksanakan sekatan perjalanan tidak digalakkan.
“WHO mengesyorkan agar negara-negara terus menggunakan pendekatan berasaskan risiko dan saintifik apabila melaksanakan sekatan perjalanan,” katanya di Geneva.
Terdahulu, WHO mengadakan rundingan dengan pakar bagi membuat penilaian risiko tentang variant of interest (VOI) dan variant of concern (VOC).
Penilaian dijangka mengambil masa beberapa minggu.
Beberapa negara Eropah dan Asia mengenakan larangan perjalanan ke atas negara-negara Eropah, susulan penemuan varian baharu.
(Visited 169 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button