NasionalPendidikan

UPSI perkasa kemahiran pelajar menerusi sukarelawan ICT Malaysia

DALAM usaha menjayakan pembangunan Malaysia sebagai sebuah negara pintar digital, Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Pusat ICT) bersama Fakulti Komputeran dan Meta Teknologi (META), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menjalin kerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam pelaksanaan Program Sukarelawan ICT Malaysia (MIV) kepada pelajar UPSI.

Naib Canselor UPSI, Profesor Datuk Dr. Md Amin Md Taff berkata, bagi memacu ekonomi digital negara dalam kalangan komuniti, sukarelawan ICT Malaysia yang terdiri 52 orang pelajar META yang mengikuti pembelajaran subjek Kemahiran Bakat Digital.

Sukarelawan menyertai Program Sukarelawan ICT Malaysia

“Mereka akan menjadi duta dan memainkan peranan penting untuk membantu menyebar luas inisiatif dan dasar kerajaan kepada semua lapisan masyarakat serta akan berganding bahu dengan komuniti

Jelasnya, melalui program MIV, para sukarelawan berpeluang berinteraksi dengan komuniti setempat bagi membimbing penggunaan ICT yang lebih positif, produktif dan bertanggungjawab serta mendidik pengunaan ICT secara berhemah dan memupuk kesedaran masyarakat dan membantu komuniti membudayakan penggunaan teknologi digital dalam kehidupan mereka.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pegawai Digital, Ts Dr Megat Azrin Ahmad berkata program Sukarelawan ICT Malaysia itu juga adalah selari dengan aspirasi MyDIGITAL sebagai inisiatif negara untuk mentransformasi Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi yang berpacukan teknologi dan pendigitalan.

Beliau berharap melalui inisiatif ini akan membantu mempercepatkan proses pendigitalan dengan meningkatkan kadar literasi ICT dalam kalangan komuniti dengan memanfaatkan penggunaan teknologi bagi mempertingkatkan kualiti hidup selari dengan era ekonomi digital.

Menerusi program ini, katanya, sukarelawan akan mengikuti latihan mandatori sebelum memulakan aktiviti kesukarelawanan. Setiap sukarelawan MIV UPSI akan melengkapkan aktiviti MIV selama 1 semester bermula pada 28 Disember 2023 dan ini merupakan suatu latihan sebenar pengadaptasian teknologi digital dalam pendidikan kepada pelajar bagi mencapai objektif-objektif semasa proses pembelajaran.

Beliau berkata MIV adalah program kesukarelawan yang dilaksanakan oleh MCMC bagi membantu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran komuniti dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Aktiviti semasa bengkel MIV di Dewan Kuliah Pusat, Kampus Sultan Azlan Shah.

Pusat ICT UPSI juga merupakan rakan advokasi MCMC bagi program Kitar Semula Peranti Teknologi Maklumat dan Telekomunikasi Kecil atau KITAR yang menggiatkan inisiatif hijau yang mengumpul dan mengitar semula gajet lama bagi mencapai matlamat untuk mengurangkan jejak karbon serta menyemai budaya kitar semula dalam komuniti selara dengan sasaran Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).

Menurut beliau UPSI menyokong penuh program kesukarelawanan ini yang bukan sahaja memberi manfaat kepada individu, komuniti, masyarakat sasaran yang dibantu tetapi ia juga mendatangkan impak positif kepada sukarelawan itu sendiri seperti peningkatan harga diri, mengurangkan perasaan negatif, mengukuhkan hubungan sosial, prihatin kepada isu semasa, kecerdasan emosi dan menyemai sifat empati. -SM

Baca : Satu daripada dua injap kawalan yang bocor berjaya diganti

(Visited 147 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button