Nasional

Najib tidak mahu kesnya digugurkan

Datuk Seri Najib Tun Razak beritahu beliau tidak mahu tuduhan terhadapnya digugurkan seperti dalam kes Lim Guan Eng, yang pertuduhan rasuah berkait pembelian sebuah banglo di Pulau Pinang gugur selepas Pakatan Harapan menang pilihan raya umum 2018.

“Saya bukan Lim Guan Eng,” katanya, merujuk kepada bekas menteri kewangan.

Najib, yang meletakkan jawatan presiden Umno selepas parti itu tumbang dari kekuasaan, berharap akan dapat perbicaraan yang adil serta jaminan tidak akan ada campurtangan politik.

“Saya juga berharap perbicaraan saya akan dapat liputan yang adil di media dengan tajuk dan laporan yang tidak berat sebelah,” kata bekas pemimpin itu.

Sementara itu, Najib berkata beliau bersedia untuk melawan di mahkamah “untuk membuktikan apa yang saya lakukan sentiasa memikirkan kepentingan terbaik negara.”

(Visited 452 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button