Nasional

Saya pernah isytihar darurat, tidak ubah sistem pemerintahan – Najib

DARURAT jerebu yang diisytiharkan pada tahun 2013 ketika zaman pentabiran Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil iktibar perisytiharan darurat ketika zaman pentabiran ayahandanya, Tun Abdul Razak pada tahun 1969 hingga 1971.

Najib berkata, pengisytiharan darurat bencana jerebu yang dilaksana beliau itu tidak mengubah corak dan sistem pemerintahan kerajaan negeri mahupun Persekutuan sama seperti ketika pentadbiran ayahnya.

Ini kerana menurut Ahli Parlimen Pekan itu, kuasa pentadbiran di tangan pemimpin milik rakyat sepenuhnya.

“Keadaan pada masa itu bersifat perlu dan harus dilaksanakan. Rakyat memahami dan menerima.

“Pada masa yang sama, saya juga menegaskan bahawa pengisytiharan darurat bencana jerebu ini tidak mengubah corak dan sistem pemerintahan kerajaan negeri mahupun Persekutuan.

“Saya mengambil iktibar daripada ayahanda saya. Kuasa pentadbiran di tangan pemimpin bukan miliknya. Kuasa pentadbiran di tangan pemimpin milik rakyat sepenuhnya.

Najib mengisytiharkan darurat di Muar dan Ledang, Johor pada tahun 2013. Tahap pencemaran udara di kedua-dua kawasan tersebut ketika itu telah mencecah paras yang ditakrifkan sebagai tahap kecemasan.

Sementara ketika zaman Tun Razak, darurat diisytiharkan kerana berlaku rusuhan di Malaysia.

“Pada tahun 1971, ayahanda pernah berkata, saya terjemahkan untuk saudara-saudari:”Jika kita tidak mengembalikan kuasa ke mana yang sepatutnya, dan kepada rakyat melalui Parlimen, maka segala perjuangan kita untuk kemerdekaan, perjuangan kita menentang komunisme, adalah sia-sia.

“Demokrasi berparlimen dan kuasa rakyat tetap dijulang dan dihormati. Di masa timbulnya kegagalan memelihara keperluan rakyat dan menyelesaikan keadaan yang semakin menghimpit rakyat, maka sudah tentu akan timbul persoalan dan perbezaan. Dan wajar diperbetulkan,” kata Najib.

Jelas beliau, fungsi utama kerajaan adalah menjadi pelindung kepada rakyat dan pembekal kepada keperluan rakyat.

Dalam apa jua keadaan pun, kata Najib, kebajikan dan kesejahteraan rakyat adalah segala-galanya.

“Tunjang dan fokus perjuangan arwah ayahanda dan yang kami titik beratkan ke hari ini – rakyat,” katanya.-SM

(Visited 610 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button