Politik

Kerusi Parlimen begitu berharga `la ni’

ANALISIS

PILIHAN raya negeri Sabah pada 1994 menyaksikan waktu itu Parti Bersatu Sabah (PBS) kembali membentuk kerajaan selepas mendapat majoriti mudah 25 daripada 48 kerusi DUN. Baki 23 kerusi pula dikuasai BN. Bagaimanapun kerajaan PBS hanya bertahan dua minggu selepas sebahagian besar wakil rakyatnya melompat menyertai BN.

Peta _Sabah

Setelah insiden melompat itu, PBS akhirnya hanya mempunyai tiga wakil rakyat iaitu Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili dan Datuk Datu Amirkahar Datu Mustapha. Dan sekali gus memaksa Pairin melepaskan jawatan Ketua Menteri pada 17 Mac 1994.

Rupanya kisah 1994 tak habis di situ. Lebih dua dekad berlalu,  baru dalmam tempoh dua tahun ini sahaja drama mega lompat parti itu muncul kembali selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Pecahan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada masa itu adalah BN (29), Solidariti (2), PKR (2), DAP (6) dan Warisan (21). Tan Sri Musa Aman kemudian mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah walaupun kedudukannya tidak selamat.

Dua hari selepas Musa angkat sumpah, enam Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN mengumumkan keluar parti. Mereka menyertai Warisan dan bekerjasama dengan DAP serta PKR untuk membentuk kerajaan negeri yang baharu.

Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal kemudian dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah menggantikan Musa. Dari situ kegiatan lompat parti  berterusan termasuk melibatkan sekumpulan ahli parlimen yang UMNO gelarkan `enam jahanam’.

Dan `debaran lompat parti’ mencapai kemuncaknya 5 Julai tahun lalu apabila Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad secara tiba-tiba mempelawa  semua parti politik Melayu termasuk UMNO menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bagi menguatkan kuasa politik kaum majoriti itu.

Kalau diandaikan Bersatu mahu membentuk komponennya sendiri, penyertaan semua Ahli Parlimen UMNO andai kata berlaku akan menjadikan Bersatu mempunyai 64 kerusi.

Jika disokong oleh Warisan (9), GPS (19) dan Pas (18), Dr. Mahathir bakal menguasai 110 kerusi dan perlu dua kerusi lagi untuk membentuk kerajaan (112 majoriti mudah). Kerusi itu boleh jadi daripada MIC (1 kerusi), MCA (1) mahupun UPKO (1).

Namun itu semua sekadar andaian. Kelibat Pakatan Harapan pun sudah lenyap dari kerajaan sejak Februari lalu – menjadikan PKR dan DAP kini goyah. Lebih-lebih lagi selepas ada ahli Parlimen PKR menyertai Bersatu.

Kisah PH tamat di situ. Kini muncul cerita keluh kesah perebutan kerusi dalam kalangan orang UMNO, PAS dan Bersatu. Sejauh mana penyelesaiannya yang dikatakan kemelutnya semakin berbahang.

Begitu berharganya sebuah kerusi. – SM

(Visited 211 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button