Jenayah

Wanita kereta dibakar tidak mabuk

POLIS mengesahkan wanita dalam kejadian keretanya di bakar di di Jalan Ara Kuda, Tasek Gelugor kira-kira jam 9.50 malam Khamis lalu tidak mabuk.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) Asisten Komisioner Noor Zainy Mohd Noor berkata, hasil pemeriksaan dan ujian saringan awal pernafasan menggunakan alat SD2+ ke atas pemandu didapati negatif dan pemandu tersebut  bukan di bawah pengaruh alkohol.

“Ketika siasatan dijalankan di tempat kejadian mendapati tiada kebakaran berlaku pada kenderaan terlibat. Walau bagaimanapun, pihak Bomba Tasek Gelugor telah menerima panggilan aduan kebakaran kenderaan pada 19 Jun 2020 jam lebih kurang jam 2 pagi dimana kereta telah terbakar,” jelas Noor Zainy lagi.

Noor Zainy menafikan  laporan yang tular di media sosial mendakwa pemandu kereta tersebut  memandu dibawah pengaruh alkohol atau mabuk.

Menerusi foto dimuat naik di Facebook kelihatan sepasukan anggota bomba sedang memadam api pada sebuah kenderaan.

Facebook yang turut dikongsi di halaman Penang Netizen itu menyatakan, orang ramai yang geram dengan kejadian itu terus membakar kereta milik wanita itu.

Noor Zainy berkata, kemalangan berlaku ketika pemandu wanita berusia 56 tahun itu sedang dalam perjalanan untuk pulang ke rumah di Kepala Batas setelah setelah selesai menghantar sayur. Apabila tiba di lokasi kejadian, kereta dipandu wanita itu dipercayai terbabas ketika mengelak haiwan.

Kereta tersebut kemudiannya masuk ke laluan bertentangan dan pada masa yang sama kedua-dua penunggang motosikal datang dari arah bertentangan gagal mengelak menyebabkan mereka melanggar bahagian tepi kanan hadapan kereta.

Kedua-dua penunggang motosikal mengalami kecederaan parah dan dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk rawatan lanjut.

Polis menyiasat kejadian itu mengikut Seksyen 43(1)(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Manakala kes berkaitan kebakaran kenderaan, polis turut membuat siasatan dibawah seksyen 435 Kanun Keseksaan iaitu perbuatan khianat dengan api..-SM

 

 

(Visited 285 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button