Nasional

Kuota haji 14,406, bakal jemaah perlu ambil maklum apa perlu buat

SETELAH dua tahun penangguhan ibadah haji akibat daripada wabak Covid-19, Malaysia mendapat khabar gembira apabila kuota haji pada tahun 2022 (1444 Hijrah) dilihat lebih tinggi berbanding sebelum ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Senator Datuk Idris Ahmad berkata Kuota haji yang diterima daripada kerajaan Arab Saudi pada tahun ini adalah sebanyak 14,306 orang atau 45 peratus kuota tahunan yang biasa diterima sebelum ini.

Ini adalah tinggi berbanding tahun 2019 di mana Jemaah dari luar Arab Saudi hanyalah 75 peratus sahaja, jelasnya.

Pada masa sama, Idris Ahmad menjelaskan syarat kelayakan jemaah haji yang dikenakan pada tahun ini adalah mereka yang berumur tidak lebih 65 tahun, tidak mempunyai sebarang penyakit kronik, mempunyai sijil vaksinasi lengkap Covid-19 dan perlu mengemukakan keputusan negatif ujian calitan PCR dalam tempoh 72 jam dari masa berlepas.

“Kerajaan Arab Saudi sudah tentu membuat penilaian dan penelitian dalam semua aspek bagi memastikan keselamatan para Jemaah haji untuk melaksanakan rukun Islam kelima itu” katanya.

Sementara itu, Tabung Haji juga sedang giat membuat persiapan akhir untuk membawa bakal Jemaah haji Malaysia ke Tanah Suci setelah dua tahun tertangguh akibat pandemik Covid-19.

“Saya telah mengarahkan Tabung Haji untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada bakal Jemaah haji Malaysia dan persiapan telah mereka lakukan yang terbaik dan hanya perlu menunggu keputusan rasmi sahaja.” tambahnya lagi selepas berjumpa dengan pegawai eksekutif dan pengerusi Tabung Haji, semalam.

Katanya, bakal Jemaah haji juga disarankan untuk membuat persiapan sewajarnya dari segi ilmu, kesihatan, rohani dan jasmani serta kewangan.

Selain itu, Tabung Haji akan mengeluarkan surat tawaran dalam masa terdekat dan bakal Jemaah terpilih dinasihatkan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan dan menjawab surat tawaran dengan kadar segera.

Bakal Jemaah juga dinasihatkan bersedia dengan dokumen berkaitan terutama dokumen perjalanan passport.

“Semua Jemaah haji Malaysia perlu mengambil suntikan wajib Meningococcal Quadrivalent (ACYW-135) dan vaksin Covid-19 apabila dipanggil oleh Kementerian Kesihatan supaya proses pengambilan vaksin dapat dilaksanakan mengikut masa yang ditetapkan.” Jelasnya.

Dalam pada itu, beliau berkata Tabung Haji akan membuat makluman semasa ke semasa sekiranya terdapat maklumat lanjut mengenai perjalanan Jemaah haji.

Justeru bantuan pembayaran haji akan tetap diteruskan oleh pihak Tabung Haji kepada Jemaah haji tahun ini dan jika tiada sebarang masalah pihaknya akan mengumumkan ketetapan bayaran baru kepada Jemaah haji pada esok hari. – SM

(Visited 282 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button