Ekonomi

Knight Frank dan PropertyGuru jalin kerjasama dalam meningkatkan perkhidmatan penilaian hartanah

KNIGHT Frank Malaysia, syarikat perkhidmatan hartanah terkemuka di Malaysia, dan PropertyGuru, pasaran hartanah terkemuka Malaysia, mengumumkan kerjasama mereka semalam untuk menambah baik proses penilaian massa bagi memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada institusi kewangan di Malaysia.

Melalui kerjasama ini, Knight Frank Malaysia memperkenalkan AMASe – Advanced Mass Appraisal Solutions ‘electronically’, solusi penilaian hartanah massa yang direka khas dan disokongi oleh teknologi proprietari daripada PropertyGuru For Business.

Sebagai pengguna awal teknologi ini, Knight Frank Malaysia memperkukuh usaha pendigitalannya dan menyepadukan teknologi ke dalam proses penilaian hartanah harian mereka. Knight Frank Malaysia berhasrat untuk memperkemas dan meringankan cabaran pihak penilai dan bank dalam aliran kerja mereka, sambil memacu kecekapan dengan menjimatkan masa dan meningkatkan produktiviti. Institusi kewangan akan mempunyai akses kepada maklumat terkini, menggalakkan ketelusan dan tadbir urus yang lebih tinggi, dan memastikan pematuhan undang-undang perbankan dan keperluan regulasi (Basel II).

Sarkunan Subramaniam, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Knight Frank Malaysia, berkata, “Kami sentiasa mengadaptasikan solusi hartanah yang inovatif supaya mampu memberi perkhidmatan lebih baik kepada pelanggan kami.

Kerjasama kami bersama PropertyGuru membolehkan kami merintis penyelesaian baharu dan meningkatkan prestasi melalui kepakaran, data dan inovasi kami. Kami amat teruja berpeluang untuk bekerjasama dengan PropertyGuru untuk memenuhi dan melebihi objektif industri sambil memberi pengalaman pelanggan yang lebih lancar.”

Knight Frank Malaysia dan PropertyGuru telah mengumumkan kerjasama mereka
untuk memperkenalkan penyelesaian sebuah solusi penilaian hartanah massa,
AMAse (Advanced Mass Appraisal Solutions ‘electronically’). Majlis Penandatangan
dihadiri oleh (dari kiri) Eddie Chin Did Sing, Ketua Kejayaan Pelanggan Penyelesaian
Data & Perisian di PropertyGuru, Sheldon Fernandez, Pengurus PropertyGuru
Malaysia, Joe Thor, Pengurus Besar Penyelesaian Data dan Perisian di
PropertyGuru, Sarkunan Subramaniam, Pengerusi Eksekutif Knight Frank Malaysia,
Keith Ooi, Pengarah Urusan Knight Frank Malaysia, Sasitheran Subramaniam,
Pengarah Eksekutif Penilaian & Penasihat di Knight Frank Malaysia dan Teoh Wai
Queen, Pengarah Penilaian & Penasihat di Knight Frank Malaysia.

“Knight Frank Malaysia sentiasa mengutamakan modal insan kami dan penggunaan teknologi untuk memberikan hasil dengan lebih pantas dan cekap. Alat sedemikian bukan sahaja membantu institusi kewangan, tetapi juga boleh mencapai matlamat yang lain seperti membantu majlis tempatan ketika proses penarafan mereka. Sebagai usaha berterusan untuk meningkatkan kaedah penilaian kami, kami akan terus meneroka peluang untuk memanfaatkan alat tersebut untuk impak maksimum,” kata Sarkunan.

Joe Thor, Pengurus Besar, Penyelesaian Data dan Perisian, PropertyGuru berkata, “Dengan kepakaran kami dalam data dan teknologi hartanah, kami dapat membantu Knight Frank dalam penilaian hartanah secara massa sebagai proses yang lancar melalui kerjasama kami. Kami juga percaya bahawa permintaan untuk perkhidmatan ini akan meningkat, kerana ramai pakar tempatan masih bergantung pada kaedah tradisional yang memerlukan masa yang lebih panjang untuk menilai aset hartanah.”

“Kami rasa amat bangga dapat bekerjasama dengan Knight Frank dan menyokong mereka dalam perjalanan pendigitalan hartanah mereka. Solusi yang sama telah digunakan di banyak negara maju, dan kami berharap untuk terus bekerjasama dengan pihak berkepentingan dari industri yang berbeza untuk memacu perkembangan dalam ekosistem hartanah melalui data intuitif, cerapan dan perisian pintar.” katanya lagi.

Kerjasama antara Knight Frank Malaysia dan PropertyGuru dijangka dapat memudahkan proses penilaian hartanah secara massa melalui penilaian semula blok aset hartanah. Pelanggan Knight Frank Malaysia dijangka dapat mencuba inovasi terkini dalam industri hartanah pada bulan hadapan. – SM

Artikel berkaitan > TheVybe@Techzone, pembangunan SOHO terbaharu Kumpulan Emkay

(Visited 232 times, 2 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button