JenayahKesihatanNasionalNegeri

Bayi berusia 40 hari dihempas ke lantai, kanak-kanak 3 tahun dicampak dari tingkat satu

MENDENGAR bunyi bisikan di telinga mendorong seorang bapa saudara bertindak mencampak anak saudaranya berusia tiga tahun dari tingkat satu sebuah pangsapuri di Sungai Pinang, Pulau Pinang.

Adik perempuan mangsa, bayi berusia 40 hari turut cedera apabila bapa saudara yang berusia 29 tahun bertindak menghempas mangsa ke lantai.

Ekoran itu, kanak-kanak berusia tiga tahun mengalami kecederaan di mulut dan patah kaki kiri.

Bayi perempuan berkenaan pula mengalami pendarahan di bahagian kepala.

Dalam kejadian jam 3.40 petang itu, difahamkan suspek turut mengelar pergelangan tangan kanannya sebelum mencederakan kedua-dua anak saudaranya itu.

Salah seorang ahli keluarga yang hanya mahu dikenali sebagai Taiyoob, 31, berkata, terdahulu, dia terdengar jeritan ibunya meminta tolong sebelum mendapati adik lelakinya itu berada dalam keadaan berbogel serta berlumuran darah.

Kejadian berkenaan berlaku dengan pantas dan dia turut mendapatkan bantuan jiran bagi menenangkan suspek.

“Ahli keluarga yang lain menyelamatkan kedua-dua anak kakak saya itu sebelum menghantar mereka ke hospital. Adik saya (suspek) turut mendakwa terdengar ‘bunyi bisikan’ sebelum mencederakan kedua-dua anak saudaranya,” katanya memetic laporan My Metro hari ini.

Difahamkan, bayi dan kanak-kanak itu berada di kediaman itu yang juga rumah nenek mereka, susulan ibunya masih dalam tempoh berpantang.

Menurut Taiyoob lagi, pihaknya memohon kepada orang ramai supaya tidak menularkan kejadian itu bagi menjaga privasi keluarganya.

“Diharapkan semua pihak faham akan keadaan yang berlaku dan mohon supaya menghormati pendirian keluarga bagi tidak mengulas lanjut.

“Suspek adalah adik saya sendiri dan dia sedang menerima rawatan tradisional kerana mempunyai masalah kesihatan sejak dua bulan lalu,” ujar beliau.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Soffian Santong ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan bunuh,” katanya. – SM

BACA Teman lelaki dera anak kekasih berumur 3 tahun sehingga perut dan tengkorak pecah

BACA Kanak-kanak lelaki 10 tahun lemas di Pantai Teluk Senangin

(Visited 96 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button