Luar Negara

Imran Khan disingkir sebagai Perdana Menteri Pakistan

Kalah undi tidak percaya

IMRAN Khan disingkirkan daripada jawatan perdana menteri Pakistan hari ini selepas beliau kalah undi tidak percaya di Parlimen berikutan kemelut politik negara itu beberapa minggu lalu.

Perdana Menteri baharu akan dipilih esok (Isnin) dengan pemimpin Liga Muslim Pakistan-N (PML-N), Shehbaz Sharif antara yang disebut-sebut mengisi jawatan itu dan disokong oleh pakatan pembangkang bagi menggantikan Imran.

Untuk rekod, tiada perdana menteri sebelum ini yang pernah berkhidmat hingga akhir penggal tetapi Imran adalah yang pertama disingkirkan menerusi undian tidak percaya di Parlimen.

Berikutan itu, penyokong pembangkang turun ke jalan raya sambil mengibarkan bendera Pakistan dan parti.

Pemangku speaker Parlimen Pakistan, Sardar Ayaz Sadiq berkata, seramai 174 Ahli Parlimen telah mengundi untuk menyokong usul itu, sekali gus meluluskan usul itu.

Imran Khan, 69, yang tidak hadir ketika undian dibuat, hilang majoriti daripada 342 kerusi selepas parti gabungan dan beberapa ahli partinya belot dengan pembangkang dan mereka hanya memerlukan 172 undi untuk menyingkirkan bekas figura sukan itu. – SM

(Visited 393 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button