Nasional

Idea Pokwe bina rumah rakit sebelum musim banjir dipuji netizen

Semasa belum tiba musim banjir, usaha A Bakar Che Ahmad memasang 69 biji tong plastik dan 54 keping papan ‘fascia’ dianggap gila dan pernah diketawakan orang.

Namun siapa sangka pada musim banjir yang agak teruk melanda Pantai Timur kali ini, idea A Bakar Che Ahmad yang juga dikenali sebagai Pokwe dicemburi ramai.

Hal ini demikian kerana rumah Pokwe yang berusia 67 antara yang tidak terjejas biar pun banjir besar melanda selain ia mampu terapung dengan stabil.

Bercakap kepada media tempatan, 69 biji tong plastik dan 54 keping papan ‘fascia’ yang dipasang mampu mengapungkan rumahnya yang bersaiz 70 kaki per segi setinggi 19 kaki.

Pokwe yang merupakan bekas pembuat alatan tajam berkata, idea untuk mengapungkan rumahnya adalah berdasarkan ilham dari tahun 2019.

Katanya pada 2019, Pokwe pernah membina ‘reban ayam terapung’ dan kali ini, Pokwe tampil dengan idea kreatif yang lebih besar sekali gus boleh menamakannya sebagai ‘Rumahku, Rakitku’.

‘Rumahku, Rakitku’ milik Pokwe yang terletak di Kampung Terbak Batu 16, Chukai, Terengganu siap dibina sejak 16 September yang lalu.

(Visited 310 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button