JenayahNasionalNegeri

Warga emas ditahan bersama rokok, minuman keras seludup bernilai RM46,000

WARGA emas kantoi! Belum sempat menjual barang pelbagai jenis rokok dan minuman keras seludup bernilai RM46,000 yang terkandung dalam lima plastik hitam di dalam kereta yang dipandunya namun telah ditahan pihak berkuasa.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Asissten Komisioner Mohd Shokri Abdullah, warga tempatan berusia 63 tahun ini telah ditahan oleh Polis Gerakan Am (PGA) Batalion 2 pada pukul 4.25 petang, 21 Ogos lalu di Arked Niaga Padang Besar.

Mohd Shokri Abdullah

Beliau berkata, pasukan ini yang terdiri seorang pegawai dan empat anggota yang telah mendapat maklumat mula melakukan intipan terhadap suspek,” katanya dalam kenyataan.

Mohd Shokri berkata, tangkapan dan rampasan telah dibawa ke Bahagian Siasatan Jenayah Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar dan diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan dan siasatan lanjut.

Beliau berkata, Modus Operandi( MO)nya di mana suspek akan menyeludup pelbagai jenis rokok dan minuman keras tidak bercukai dengan kuantiti yang sedikit bagi menggaburi mata pihak berkuasa.

“Hasil siasatan didapati barang seludup ini akan dihantar mengikut permintaan ke beberapa lokasi di negeri sebelah Utara Semenanjung,” katanya.

Bagaimanapun kata Mohd Shokri, suspek tiada rekod jenayah lampau dan ujian saringan air kencing juga negatif dadah.

Katanya, suspek ditahan reman selama enam hari mulai semalam (22 Ogos).

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967, mana-mana orang yang disabitkan dengan kesalahan cubaan menyeludup rokok dan minuman keras yang memperuntukkan hukuman denda maksimum 10 kali ganda daripada nilai rampasan atau RM100,000.

Mohd Shokri memberi amaran kepada mana-mana individu yang terlibat dalam penyeludupan rokok dan minuman keras tidak bercukai akan diambil tindakan tegas di bawah peruntukan undang-undang sedia ada. – SM

(Visited 102 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button