JenayahNasional

Nak langsaikan hutang abang ipar biarkan adik ipar dirogol bergilir-gilir

MALANGNYA dapat abang ipar durjana. Dia ingin melangsaikan hutang dipercayai punca yang mendorong lelaki itu membenarkan rakan merogol adik iparnya secara bergilir-gilir di kediaman mereka di Wangsa Maju pada 30 Ogos, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Sup Ashari Abu Samah berkata, siasatan polis mendapati abang ipar mangsa berusia 29 tahun itu berhutang dengan salah seorang suspek yang masih bebas.

Menurut Ashari, sebelum kejadian, lelaki itu menghubungi mangsa, 26, supaya tidak mengunci pintu rumah yang menyebabkan dia dirogol secara bergilir-gilir ketika sedang tidur

“Abang ipar mangsa ditahan pada jam 9.30 malam Sabtu lalu di hadapan sebuah restoran di Jalan Rampai Niaga 5, Taman Sri Rampai, Wangsa Maju dan direman enam hari sehingga 8 September.

“Siasatan dibuat mengikut Seksyen 375(B) Kanun Keseksaan (Rogol berkumpulan),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pihak polis memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian itu menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Siti Fadzilah Ahmad Fisal di talian 017-6240252 atau Hotline Polis 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan seorang wanita yang sedang tidur ‘diserang’ lima lelaki sebelum diperkosa secara bergilir-gilir dalam kejadian pada jam 3.30 pagi, 30 Ogos lalu.

Mangsa turut diikat tangan dan mulutnya ditutup dengan pita pelekat oleh suspek yang turut merakam kejadian itu. – SM

BACA 3 pekerja kontrak termasuk 2 beradik didakwa rogol remaja 15 tahun

(Visited 161 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button