Nasionalpilihan

Dos ketiga bantu imunisasi badan, semua perlu ambil suntikan dos penggalak

SUNTIKAN dos ketiga atau dos penggalak vaksin Covid-19 akan membantu tindak balas sistem imuninasi badan untuk menentang varian virus yang mudah berjangkit.

Pengarah Kanan Perniagaan Luar Negeri Sinovac Co Ltd, Weining Meng berkata, suntikan dos kedua selepas enam ke 12 bulan daripada dos kedua akan membantu meningkatkan tindak balas imun badan.

“Kajian telah dilakukan di Akademi Sains China, Universiti Peking dan Sinovac Biotech. Kesemua data yang diperoleh menunjukkan yang dos ketiga boleh memberikan perlindungan yang lebih lama.

“Nilai GMT enam bulan selepas dos ketiga lebih tinggi daripada nilai GMT tertinggi pada dos kedua. Kajian juga menunjukkan antibodi yang lebih berdaya tahan enam bulan selepas dos penggalak, berbanding dos kedua, yang menunjukkan tempoh perlindungan yang lebih lama daripada COVID-19 dan varian baharu,” katanya.

Meng berkata demikian dalam sesi webinar bertajuk ‘Suntikan Dos Penggalak COVID-19 dan Vaksinasi untuk Kanak-Kanak: Bergerak Maju melalui Pengalaman daripada China, Chile dan Indonesia’ yang dianjurkan oleh Pharmaniaga baru-baru ini.

Menerusi sesi tersebut, Pharmaniaga menyimpulkan yang kesemua barisan panel seminar mengakui bahawa mengambil dos penggalak akan meningkatkan antibodi yang mulai menurun secara ketara dalam tempoh enam bulan selepas dos kedua.

Sementara itu, Pakar Vaksin Pharmaniaga Berhad, Dr Ajit Pal Singh berkata, buat masa ini dos penggalak perlu diberikan kepada petugas barisan hadapan memandangkan golongan ini sudah divaksin kira-kira enam bulan yang lalu.

“Kita belum ada data yang terperinci mengenai golongan mana yang perlu diberi dos penggalak tetapi petugas hadapan antara yang perlu diberikan dos penggalak.

“Selain itu, dos penggalak juga perlu diberikan kepada warga emas, mereka yang mempunyai sistem imunisasi yang lemah, mereka yang berisiko mudah dijangkiti,” katanya sambil memberitahu yang sebenarnya semua individu perlu mengambil dos penggalak.

Dalam pada itu, Profesor dan Pengarah Imunologi dan Imunoterapi Institut Millennium dari Chili Dr Alexis M.Kalergisturut turut menyokong kenyataan bahawa suntikan dos penggalak adalah selamat dan meningkatkan antibodi peneutralan dalam kalangan orang dewasa yang sihat.

“Keberkesanan dos penggalak vaksin Sinovac dijangkakan sangat berkesan. Pakar-pakar kesihatan Chili lebih selesa menggunakan vaksin Sinovac kerana ia adalah daripada pengeluar vaksin tidak aktif yang telah mengeluarkan vaksin yang digunakan secara meluas sebelum ini seperti vaksin polio.

“Tidak dinafikan vaksin lain juga efektif, tetapi sebab utama kita memutuskan untuk bekerja dengan pengeluar vaksin tidak aktif — Sinovac, ialah kerana data menunjukkan bahawa ia lebih menyeluruh dari segi tindak balas imun,” jelasnya. -SM

(Visited 189 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button