Luar Negara

Jessie J kongsi berita sedih alami keguguran

BINTANG Hollywood, Jessie J berkongsi berita sedih melalui laman Instagram miliknya bahawa dirinya sedang berduka atas keguguran kandungan yang dialaminya.

Dia menjelaskan, doktor yang memeriksa kandungannya ketika itu memaklumkan tiada lagi degupan jantung ketika melakukan pemeriksaan kandungannya buat kali ketiga.

“Selepas melakukan pemeriksaan kali ketiga dan dimaklumkan tiada bunyi degupan jantung, saya tidak dapat mengawal emosi ketika bangun pagi keesokan harinya,” ujarnya.

Tambahnya, walaupun dirinya sedang berduka dan tidak mampu mengawal emosi, dia akan tetap meneruskan persembahannya di Los Angeles.

“Saya tahu sesetengah orang berfikir saya harus membatalkan persembahan ini tetapi saya ingin memberi satu penjelasan.

“Saya mula menyanyi ketika saya masih muda bagi mengisi jiwa dan juga sebagai terapi untuk saya mencintai diri saya sendiri.

“Itu tidak akan berubah dan saya akan proses semua ini dengan cara saya,” katanya.

Sementara itu, dia berkata, walaupun keguguran tersebut amat mengejutkan dirinya, dia yakin bahawa dirinya akan baik-baik sahaja kerana dia adalah seorang yang kuat dan pengalaman mengandung adalah satu pengalaman ajaib yang tidak akan dilupakannya. – SM

(Visited 218 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button