Nasional

Lelaki tersepit dalam kereta selepas terlibat kemalangan

Seorang lelaki tempatan tersepit di dalam kereta selepas kenderaan dipandunya terlibat kemalangan di Jalan Telawi 5, Bangsar, Kuala Lumpur hari ini.

Komander Operasi, Salmi Abdul Mukti berkata, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 1.19 pagi.

BACA> Lagi kes bunuh kucing guna mesin dobi

“Sebuah jenteran dan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai telah dikerah ke lokasi kejadian.

“Kemalangan dipercayai berlaku selepas mangsa terbabas sebelum merempuh sebuah bangunan kedai,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Salmi, mangsa lelaki tereput di tempat pemandu manakala wanita warga Filipina di bahagian pemnumpang pula mengalami kecederaan di bahagian kaki.

BACA> Kluster Bachchan: Aishwarya Rai pula positif Covid-19

Tambahnya, mangsa berjaya dikeluarkan beberapa minit kemudian dan kedua-dua telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menerima lawatan lanjut. -SM

(Visited 255 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button