Politik

YDP Dewan Rakyat tolak sidang khas Isnin depan

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md. Yusof menolak untuk memanggil Sidang Dewan Rakyat Khas Isnin depan kerana bercanggah dengan Peraturan Mesyuarat 11(3).

Menurut Mohamad Ariff, Surat Pemakluman Memanggil Mesyuarat Khas Dewan Rakyat yang ditandatangani Perdana Menteri Interim, Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak disusuli dengan pemberitahuan usul yang lengkap.

“Mengikut Peraturan Mesyuarat 11(3), pemberitahuan dan tarikh mesyuarat akan dikeluarkan oleh saya selaku Yang Dipertua Dewan Rakyat. Setakat ini tiada notis dikeluarkan.

“Di samping itu, saya juga berpandangan keperluan untuk mengadakan Mesyuarat Khas Dewan Rakyat akan dibuat selepas mendapat pemakluman titah rasmi Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong berhubung dengan proses pemilihan Perdana Menteri,” katanya dalam satu kenyataan rasmi hari ini.

Beliau berkata, tiada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat Isnin depan.

“Saya akan terus meneliti perkembangan semasa dan kenyataan seterusnya tentang notis dan tarikh Mesyuarat Khas akan dimaklumkan kelak,” katanya.

(Visited 247 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button