Uncategorized

Jeffrey perlu jawab mana hilang 700,000 hektar tanah Yayasan Sabah -Shafie

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal meminta Datuk Dr. Jeffrey Kitingan menjawab di mana hilangnya kira-kira 700,000 hektar tanah Yayasan Sabah sepanjang pemerintahan Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Barisan Nasional (BN) selama ini.
Beliau berkata, Jeffrey perlu menjawab apa yang telah dilakukannya semasa beliau menjadi Pengarah Yayasan Sabah yang menyebabkan tanah-tanah tersebut hilang.
“Jangan tanya kita apa yang sudah kita lakukan, Jeffrey jangan tanya saya apa yang saya buat di Sabah, saya tanya kau apa kau buat masa Pengarah Yayasan Sabah, kau tadbir Yayasan Sabah, waktu itu berpuluh tahun mereka ini mentadbir, apa yang mereka lakukan?
“Satu juta tanah Yayasan Sabah ini, mana sudah tanah ini, lebih daripada 700,000 hektar tanah Yayasan Sabah ini hilang, saya tidak tahu siapa yang miliki, FMU si Albert Lim, si Majid Khan, si Amin Khan yang ada mana sudah harta-harta Yayasan Sabah ini,” katanya lapor Borneo Today di Nabawan, Sabah.
Mohd. Shafie berkata, sejak pemerintahannya, beliau melihat sendiri bagaimana Yayasan Sabah ditadbir dengan melibatkan penyelewengan oleh pemimpin terdahulu hanya untuk mendapatkan keuntungan dan kekayaan kepada diri sendiri.
Sebab itulah katanya, sejak Parti Warisan Sabah (Warisan) memerintah, pentadbiran agensi kerajaan negeri itu telah ditambah baik agar matlamatnya untuk membangunkan sektor pendidikan Sabah dapat ditunaikan.
“Kita lakukan reformasi Yayasan Sabah, hari ini sudah mula bagi biasiswa tahun lalu saja 40 juta ringgit kita sediakan untuk menghantar anak-anak kita ke luar negara menerusi Yayasan Sabah supaya kita hidupkan.
“Kenapa Yayasan Sabah ini tidak diuruskan dengan baik? Itu yang saya telah minta supaya pastikan pengurusan Yayasan Sabah tidak mahu eksport kayu balak, saya mahu kayu balak untuk industri hiliran,” tegas beliau.
(Visited 713 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button