NasionalNegeri

Raja, Raja Perempuan Perlis terima mengadap Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang

RAJA Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid berkenan menerima sembah mengadap oleh Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak dan isteri, Toh Puan Khadijah Mohd Nor di Istana Perlis, Kuala Lumpur semalam.

Berangkat sama Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Raja, Raja Perempuan, Pemangku Raja dan Raja Puan Muda Perlis berkenan bergambar bersama Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak dan Toh Puan Khadijah Mohd Nor di Istana Perlis, Kuala Lumpur semalam.

Turut hadir, Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli dan isteri.

Majlis tersebut disusuli dengan santapan tengahari.

Pada petang sebelumnya Raja dan Raja Perempuan Perlis beserta Pemangku Raja turut berkenan menerima kunjungan Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid juga di Istana Perlis Kuala Lumpur. – SM

(Visited 235 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button