Politik

PM lantik Muhyiddin kerana pengalaman terajui MPN dari awal

PEMILIHAN Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin untuk menerajui Majlis Pemuliahan Negara (MPN) kerana pengalaman Ahli Parlimen Pagoh itu mempengerusikan majlis tersebut sejak dari awal.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismali Sabri Yaakob memberikan penerangan itu kepada Ahli Parlimen dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

“Memang Pagoh pengerusikan mesyuarat ini sejak mula diwujudkan, maka kita beri kepercayaan Pagoh meneruskan tugasnya,” kata Ismail Sabri.

Beliau menjawah soalan tambahan daripada Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu (PKR) Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang mahu tahu kenapa Muhyiddin dilantik sebagai pengerusi MPN.

MPN ditubuhkan ketika Muhyiddin menjawat jawatan perdana menteri ke-8 selama 17 bulan.

Majlis itu bertanggungjawab terhadap pelan Pemulihan Negara (PPN) yang mengandungi empat fasa sebelum ekonomi dibuka semula sepenuhnya.

Muhyiddin dilantik sebagai pengerusi MPN dengan status menteri pada 4 September selepas meletakkan jawatan sebagai perdana menteri.

Walaupun berstatus menteri, Muhyiddin menegaskan beliau bersedia menjalankan tugas sebagai Pengerusi MPN secara sukarela tanpa apa-apa imbuhan.

Menurut Muhyiddin, kepercayaan yang diberikan oleh kerajaan merupakan amanah untuk beliau meneruskan segala usaha dan perancangan yang dimulakan sebelum ini bagi memulihkan negara daripada kesan wabak COVID-19.-SM

(Visited 204 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button