Jenayah

Pandu cara berbahaya, pemandu MyVi positif dadah

SALAH seorang daripada dua pemandu kenderaan yang dikesan memandu dalam keadaan berbahaya di Jalan Kuching di sini baru-baru ini positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, keduap-dua pemadu telah ditahan selepas kejadian tular di media sosial pada 23 Oktober lalu sekitar pukul 2.43 petang.

Katanya, saringan air kecing mendapati pemandu kereta Perodua Myvi berwarna perak itu disahkan positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine.

Pemandu Myvi itu kini telah ditahan di IPD Dang Wangi dan akan dituduh di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana positif dadah.

“Siasatan awal mendapati kejadian tersebut telah berlaku pada 22 Oktober lalu pukul 3.30 petang di Jalan Kuching menghala ke pusat bandar raya yang melibatkan dua buah kenderaan motokar jenis Hyundai Elantra dan Perodua Myvi berwarna perak.

“Bertindak di atas aduan, Unit Risikan dan Operasi JSPT Kuala Lumpur pada 23 Oktober lalu telah berjaya mengesan kedua–dua pemandu kenderaan yang terlibat dalam kesalahan tersebut.

“Pada jam lebih kurang pukul 10 malam kedua–duanya telah ditahan selepas hadir memberi keterangan di Balai Polis Trafik, di Jalan Tun H.S.Lee ibu negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Sarifudin, kedua–dua pemandu berkenaan adalah lelaki yang berumur 47 dan 33 tahun dan akan dituduh di bawah Seksyen 42(1) APJ 1987 kerana memandu secara melulu dan merbahaya.

Sebelum itu video berdurasi 27 saat tersebut dimuat naik oleh halaman Facebook Kongsi Segala Info memaparkan aksi dua pemandu kenderaan memandu dalam keadaan bahaya seperti di pautan berikut URL: https://www.facebook.com/102908607941062/videos/409696653845068/ -SM

(Visited 452 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button