ParlimenPolitik

RUU Anti Lompat Parti dibentang 28 Februari

RANG Undang-undang (RUU) Anti Lompat Parti akan dibentangkan pada Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-14 Tahun 2022 dan dimuktamadkan oleh Kerajaan mulai 28 Februari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, pembentangan RUU itu selaras dengan hasrat Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk mempercepatkan undang-undang melarang lompat parti.

Semalam, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil berkata, 13 daripada 18 perkara dalam kemorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani Pakatan Harapan (PH) dan Kerajaan Pusat pada September lalu telah dilaksanakan.

Bagaimanapun, pembentangan RUU itu belum dilaksanakan.

Memetik laporan FMT hari ini, MoU mengenai transformasi dan kestabilan politik yang meliputi enam bidang utama, ditandatangani pada 13 September 2021 oleh Ismail Sabri dan pemimpin tertinggi PH yang terdiri daripada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Presiden UPKO, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.

Ia bertujuan mewujudkan kestabilan politik yang diperlukan untuk menangani pandemik Covid-19 dan memulihkan ekonomi negara.

Sementara itu, Wan Junaidi berkata, satu jawatankuasa teknikal akan ditubuhkan minggu depan untuk meneliti dasar berkaitan isu anti lompat parti.

“Keanggotaan jawatankuasa teknikal ini terdiri daripada empat wakil kerajaan dan empat wakil PH,” ujarnya.

Bulan lalu, Wan Junaidi dilaporkan berkata, rang undang-undang anti lompat parti itu dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat Julai ini.

Beliau berkata, kerajaan sedang mengkaji sama ada terdapat keperluan meminda Perlembagaan Persekutuan atau mewujudkan undang-undang baharu sebelum rang undang-undang anti lompat parti boleh dibentangkan. – SM

 

 

(Visited 168 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button