Nasional

Dua Pensyarah Uzbekistan teruja jalani program mobiliti FBK UPSI

Bahasa Melayu yang mudah difahami dan dipelajari mendorong dua wanita Uzbekistan mendalami bahasa lingua-franca itu sehingga akhirnya mereka menjadi pensyarah di tanah air mereka.

Munisa Mukhtarova Mukhitdinovna (kiri) dan Mamatkulova Mahliyo Baxtiyor Qizi dalam sesi wacana ilmu yang dipengerusikan oleh Dr Noor Zuhidayah.

Mereka yang kini sedang menjalani program Program Mobiliti Inbound Tenaga Pengajar Bahasa Melayu Antarabangsa (Uzbekistan) di Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK), Universiti Pendidikan Sultan Idris dari 3 hingga 23 Ogos itu didedahkan dengan pelbagai aktiviti bagi memantapkan lagi penguasaan terhadap aktiviti berbahasa Melayu.

Puan Munisa Mukhtarova Mukhitdinovna dari Uzbekistan State World Languages University ( UzSWLU) dan Puan Mamatkulova Mahliyo Baxtiyor Qizi dari Tashkent State University of Oriental Studies (TSOUS) berkesempatan berkongsi pengalaman sempena Wacana Ilmu “Bahasa Melayu Di Laluan Sutera”.

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa ), Prof Dr Marzita Puteh bergambar sempena majlis makan malam meraikan Dr. Alisher Abidjanov, Munisa Mukhtarova Mukhitdinovna dan Mamatkulova Mahliyo Baxtiyor Qizi di Scholar’s Suites, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah.

Dekan FBK, Prof Madya Dr Maizura@Mastura Muhammad berkata kehadiran kedua pensyarah berkenaan adalah sebahagian daripada misi FBK mengorak langkah ke pringkat aantarabangsa menerusi Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu (JBKM).

Beliau berkata bahasa Melayu perlu diagungkan, dan diperkasakan malah terasa bangga apabila penuturnya dari negara luar dapat bertutu bahasa Melayu dengan baik.

Munisa Mukhtarova Mukhitdinovna (kiri) dan Mamatkulova Mahliyo Baxtiyor Qizi gembira berkunjung ke Sabak Bernam.

Dalam majlis Wacana Ilmu yang dipengerusikan oleh Dr Noor Zuhidayah Muhd Zulkifli, Munisa Mukhtarova Mukhitdinovna berbangga dapat berada di UPSI khususnya dilayan dengan baik oleh warga FBK.
Beliau mempelajari bahasa Melayu selama enam tahun dan sudah mengajar selama 10 tahun di Uzbeskitan berasa teruja dapat mempelajari bahasa berkenaan.

“ Di universiti kami, pelajar diberi motivasi dengan dipertontonkan video tentang Malaysia dan diwujudkan perpustakaan kecil yang mengandungi bahan-bahan pembacaan berkaitan bahasa Melayu.
Justeru ,akatanya, pelajar berasa mudah dan mempunyai banyak maklumat tentang bahasa Melayu, malah ramai lagi pelajar Uzbekistan berhasrat datang ke UPSI.

Beliau yang pernah belajar bahasa Arab, Cina dan Rusia menganggap bahasa Melayu mudah dan boleh berfikir dalam bahasa Melayu dengan tata bahasanya yang mudah.

“Strategi dalam pengajaran saya, kalau pelajar lambat masuk kelas, mereka dikehendaki berpuisi atau menyanyi dalam bahasa Melayu,” katanya.

Berkesempatan menghadiri Majlis Diskusi Khutbah Jumaat di Masjid Ar-Rahman , Hulu Bernam.

Bagi Mamatkulova Mahliyo Baxtiyor Qizi yang mula mempelajari bahasa Melayu pada tahun 2015 , pengalaman menyertai Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu lima tahun lalu di Terengganu menjadi kenangan manis dan terkesan di hatinya.

“Saya bangga dapat mengajar bahasa Melayu di Uzbekistan, malahan setiap tahun terdapat pengambilan pelajar.
Antara yang baiknya belajar bahasa Melayu, pelajar berpeluang memperolehi pekerjaan dengan mudah seperti menjadi sukarelawan, menjadi perterjemah kepada pelancong luar, bekerja di kedutaan serta tentera.

“Di TSUOS sekarang, kami mempunyai seramai 170 pelajar program bahasa Melayu kerana menyedari terdapat peluang yang luas jika boleh berbahasa Melayu dan diharap ia semakin berkembang seterusnya berjaya membuka Fakulti Bahasa dan Kesusasteraan Melayu,” katanya.

Beliau berterima kasih kepada UPSI yang menghantar pensyarah bahasa Melayu setiap tahun bagi menanamkan minat terhadap bahasa, adat, budaya Melayu, malah bahan bacaan semakin banyak atas sumbangan FBK.
“Saya rasa bangga apabila Duta Malaysia juga datang ke unuversiti mengajar bahasa Melayu sekali gus mengeratkan hubungan Malaysia dan Uzbekistan,” katanya.

Pengarah Program, Dr Ariff Mohamad berkata sepanjang berada di Tanjung Malim, mereka dibawa melawat dan menikmati keindahan kawasan sawah padi di Sabak Bernam , Putrajaya dan Kuala Lumpur.

Selain itu, dua pensyarah berkenaan berkesempatan mengikuti sesi ceramah “Mudahnya Menulis Puisi” yang disampaikan oleh Dr Ariff Mohamad serta menghadiri majlis Diskusi Khutmah Jumaat Muslimat di Masjid Ar-Rahman , Hulu Bernam.

Sepanjang berada di UPSI, mereka turut dilawati Timbalan Rektor (Hubungan Antarabangsa), UzSWLU, Dr. Alisher Abidjanov sebelum berlepas pulang dalam satu majlis makan malam.

Dr Alisher berterima kasih kepada FBK yang memberi peluang kepada dua pensyarahnya menimba pengalaman yang menarik selama tiga minggu.

“Semasa berada di UPSI, saya berpeluang bertemu Naib Canselor serta menghadiri Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (Moa) Antara Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Malaysia dengan Oxford Centre For Islamic Studies (Oxcis), United Kingdom. SM

Baca : Zoo Negara menyambut ulang tahun ke-17 pasangan panda gergasi

(Visited 178 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button