Nasionalpilihan

Indonesia turut bantu cari mangsa lemas di Pulau Undan

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) anggota tentera, komando Lans Koperal Edrin Baintim yang dikhuatiri lemas di perairan Pulau Undan, Merlimau, Melaka kelmarin yang masuk hari ketiga hari ini sehingga pukul 4.00 petang ini masih belum menemui mangsa.

SAR yang bermula kira-kira pukul 7.00 pagi tadi menggunakan seramai 175 anggota dari pelbagai agensi dan 18 aset digerakkan untuk mencari mangsa yang berusia 25 tahun itu.

Pengarah Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan, Kepten Maritim Iskandar Ishak berkata, sektor pencarian mangsa meliputi kawasan seluas 1,040 kilometer persegi.

Agensi berkaitan berbincang sebelum SAR digerakkan membabiitkan 175 orang anggota dari pelbagai agensi.

Menurutnya, sebanyak 18 aset telah digerakkan ke lokasi pencarian terdiri daripada 15 aset laut dan tiga aset udara dengan 175 orang anggota dari pelbagai agensi.

“Kawasan pencarian dipecahkan kepada lapan sektor bagi aset di laut dan dua sektor bagi aset di udara bagi memudahkan kerja-kerja pencarian.

“Pangkalan hadapan CARILAMAT (PHC) telah ditubuhkan di Pulau Besar dengan penglibatan daripada agensi-agensi lain iaitu Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM),” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Iskandar berkata, dalam perkembangan sama, Maritime Rescue Coordination Centre (MRCC), Putrajaya telah memaklumkan kepada pihak Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (BASARNAS) Indonesia turut membantu operasi ini.

Beliau menjelaskan terdapat kemungkinan mangsa mungkin telah dihanyutkan ke perairan negara jiran itu berdasarkan data dan maklumat Search and Rescue Optimal Planning System (SAROPS).

Pada 7 Februari lalu, mangsa seorang anggota tentera darat dilaporkan hilang ketika melaksanakan  latihan selaman di 0.7 barat daya Pulau Undan dikhuatiri lemas.

Operasi CARILAMAT telah diaktifkan pada 5.15 petang pada hari yang sama.

Sehubungan itu, orang ramai dan komuniti maritim yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian boleh menyalurkan terus ke Pusat Operasi Maritim Melaka dan Negeri Sembilan di talian 06-3876730 dan MERS 999 yang beroperasi secara 24 jam bagi membantu operasi. – SM

(Visited 352 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button