NegeriRencah Hidup

Rakyat kena hargai kepelbagaian budaya – Raja Muda Perlis

Sebagai rakyat Malaysia, kita mesti menghargai kepelbagaian budaya dan keharmonian negara yang tercinta ini. Perpaduan kita adalah bukti kekuatan nilai dan prinsip kita bersama.

Sebarang tuturan atau tingkahlaku ke arah kebencian, perkauman, diskriminasi kaum, xenofobia, sikap tidak bertoleransi dan tindakan ekstremisme boleh mengganggu keamanan dan keharmonian yang wujud di negara ini.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan mengurniakan sumbangan agihan zakat kepada seorang asnaf, Zalilawati sempena Program Kayuhan MAIPs Peduli yang bermula dan berakhir di pekarangan Masjid Al-Firdaus, Padang Besar Selatan, Kuala Perlis baru-baru ini.
Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan mengurniakan sumbangan agihan zakat kepada seorang asnaf, Hassan sempena Program Kayuhan MAIPs Peduli yang bermula dan berakhir di pekarangan Masjid Al-Firdaus, Padang Besar Selatan, Kuala Perlis baru-baru ini.

Demikian titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat mengetuai Program Kayuhan MAIPs Peduli yang bermula dan berakhir di pekarangan Masjid Al-Firdaus, Padang Besar Selatan, Kuala Perlis baru-baru ini.

Semasa kayuhan juga Raja Muda Perlis turut berkenan singgah bagi menyantuni dan menyampaikan sumbangan agihan zakat MAIPs kepada tiga keluarga asnaf terpilih di sepanjang laluan.

Ketiga-tiga penerima terpilih pada kali ini ialah Zalilawati Aliyas, 51, Che Rosiah Ismail, 81 dan Hassan Nayan, 66. – SM

(Visited 23 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button