Politik

Bila DAP kena, terus kata rasis, seolah-olah mereka malaikat

“Kenapa bila sampai DAP yang ditangkap mesti unsur politik atau rasis seolah-olah semua ahli DAP ini malaikat?”

Itu antara luahan pendakwah bebas, Firdays Wong Wai Hung yang dilihat seperti sudah mual dengan permainan isu rasis yang sering dibangkitkan parti DAP.

Luahan dan persoalan terhadap parti DAP itu dimuatnaik Firdaus dalam status Facebook miliknya hari ini.

Malah, Firdaus turut memberitahu bahawa bila Lim Guan Eng atau geng DAP ditangkap untuk didakwa, mereka yang menyokong akan terus membuat tuduhan bahawa tindakan tersebut adalah berunsurkan politik seolah-olah mereka suci.

“Apabila suspek Kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) beragama Islam ditangkap, tiada siapa kata ianya isu rasis.

BACA> Isham bidas Guan Eng, Najib pernah tidur dalam lokap SPRM

“Bila ada ahli politik dan penyokong DAP ditangkap bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) sebagai suspek kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE), DAP sekali lagi kata ianya berunsurkan politik & rasis,” katanya.

Firdaus turut mengulas mengenai seruan untuk menderma RM10 sebagai tanda solidariti kepada Guan Eng yang dianggap tidak munasabah kerana bekas Ketua Menteri Pulang Pinang itu pernah mengisytiharkan pendapatan bulanannya sebanyak RM86,464.92.

Jumlah tersebut menurut Firdaus adalah yang terkaya di antara semua Ahli Parlimen di Malaysia.

“Bukankah ini (pendapatan sebanyak itu) seperti orang duduk banglo (memang LGE duduk banglo) bernilai RM2.8 juta meminta derma dari penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) atau orang yang pendapatan kurang darinya?

“Contohi PKR yang tidak meminta derma orang ramai melibatkan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim dulu,” ujarnya.

Menurut Firdaus lagi, dahulu ada kata tidak mahu bekerjasama dengan parti yang terlibat dalam rasuah lalu enggan bekerjasama sesama Muslim.

BACA> Guan Eng lega isteri tidak bermalam di lokap SPRM seperti dirinya

“Apakah anda akan mengambil keputusan yang sama tidak bekerjasama dengan DAP dan parti lain yang telah didakwa atas tuduhan rasuah?

“Saya konsisten dengan prinsip iaitu memilih yang paling kurang mudarat untuk agama Islam & negara,” jelasnya. -SM

(Visited 513 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button