Luar Negara

Spesifikasi berkaitan pesawat T50i Golden Eagle milik TNI yang terhempas

PESAWAT T50i Golden Eagle yang terhempas itu merupakan buatan Korea Selatan. Jet tempur itu menggunakan enjin General Electric F404-GE-102 yang mampu menghasilkan daya tujahan 17,700 pound.

Ia boleh mencapai kelajuan maksimum 1.5 Mach atau 1,600kmj. Konfigurasi lengkap berat maksimum 27,322 pounds (14 tan), T-50i Golden Eagle dengan mudah menanjak hingga ketinggian maksimum 16,764km dari permukaan bumi.

Ia dilengkapi dengan peralatan tempur dan radar yang boleh memegang peranan sebagai pesawat tempur yang ditempatkan di garisan depan. Sekali imbas, penampilan T 50i mirip pesawat F-16.

Bezanya, dua lubang masuk jet Golden Eagle T 50i berada di bawah sayap, bukan terletak di perut seperti F-16.

Persamaan lain adalah keduanya memiliki bubble canopy, sayap dan badan yang saling menyatu sehingga sering disebut Baby Falcon.

Dilengkapi dengan kanon gatling dalaman tiga laras, General Dynamics 20mm, ia mampu melepaskan 2,000 peluru per minit.

Bahkan lima stesen luaran yang diletakkan di bawah badan, sayap dan dua rel pelancaran peluru berpandu pada tip sayap untuk membawa semua jenis bom, rudal ataupun roket.

T-50i Golden Eagle adalah pesawat tempur generasi keempat yang dipadankan dengan radar udara sehingga mampu mengubah misi, dari jet latih kepada misi operasi- iaitu menyerang dari udara ke udara, atau udara ke darat sama ada waktu siang mahupun malam dalam segala kondisi cuaca.

Dalam kalangan jet tempur, T-50i Golden Eagle sekelas dengan pesaing utamanya, Yakovlev Yak-130 Mitten (Rusia), Aermacchi M-346 (Italia), atau L-159 buatan Ceko.

Artikel berkaitan > Jet tempur supersonik Indonesia terhempas

(Visited 438 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button