Nasional

Pemandu mabuk: Hanya persepsi netizen?

STATISTIK kemalangan jalan raya menyebabkan kematian akibat memandu dalam keadaan mabuk hakikatnya menunjukkan trend penurunan bermula 2016.

Bagaimanapun, berbanding 2015, jumlah kematian adalah meningkat iaitu 237 kematian pada 2016 daripada 229.

Tahun 2017 dan 2018 menunjukkan penurunan yang mendadak iaitu 58 dan 54 kematian berbanding 2016.

Namun, akhir-akhir ini terlalu banyak kemalangan jalan raya mengakibatkan kematian terutamanya melibatkan pengguna lain.

Bagaimanapun, Pengarah Pusat Penyelidikan Tingkah Laku Pengguna Jalan Raya, Institut Kajian Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Dr. Low Suet Fin menasihatkan pengguna media sosial supaya berhati-hati.

[BACA ARTIKEL] Pemandu mabuk: Perlu gubal undang-undang? — Suara Merdeka
[BACA ARTIKEL]
 Pemandu mabuk: Kementerian Pengangkutan bincang kaji semula peruntukan sedia ada — Suara Merdeka

LOW SUET FIN

Menurut beliau, tidak dapat dipastikan video atau status tular berkenaan kemalangan benar-benar disebabkan oleh pemandu mabuk atau sebaliknya.

“Isu tular pemandu mabuk dalam media sosial begitu banyak sehingga menimbulkan persepsi yang menyebabkan pengaruh kepada masyarakat.

“Kita kena menggunakan kebijaksanaan untuk mentaksir fakta. Dapatkan sumber yang meyakinkan seperti daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya ketika ditemubual dalam Wacana Sinar Harian hari ini.

Sementara itu, menurut Ahli Majlis Keselamtan Jalan Raya Kebangsaan (MKJR), Dr. Kulanthayan KC. Mani, persepsi tentang kemalangan jalan raya dalam media sosial terlalu banyak.

Kelajuan pembunuh sebenar
KULANTHAYAN KC. MANI

Katanya, bukan sahaja terhadap pemandu mabuk, malah risiko kemalangan turut dikaitkan pada musim perayaan.

“Ramai diluar beranggapan risiko kemalangan jalan raya pada musim perayaan adalah lebih tinggi.

“Walhal, pada hari biasa pun bahaya. Kelajuan kenderaan pada hari biasa lebih laju berbanding musim perayaan,” jelasnya.

Tambah beliau yang menjadi salah seorang panel dalam wacana tersebut, pemandu perlu menyedari siapa pembunuh sebenar di atas jalan raya.

“Kita ingat masalah mabuk adalah punca kepada kemalangan jalan raya dan kematian. Memandu pada kelajuan tinggi adalah pembunuh utama di atas jalan raya.

[BACA ARTIKEL] Pemandu mabuk terus ‘mengganas’, dua lagi maut kena langgar – Suara Merdeka
[BACA ARTIKEL]
Pemandu mabuk: Kementerian Pengangkutan mahu kaji sampai bila? — Suara Merdeka

“Kurangkan statistik kemalangan, minta semua pemandu supaya kurangkan kelajuan ketika memandu,” tegasnya. – SM

(Visited 671 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button