Politik

Bung Moktar Berang, Jambatan Yang Dibaiki Selepas Kena Viral Tak Diviralkan!

Sepanjang minggu lepas, gambar daripada Bernama.com mengenai kepayahan murid Sekolah Kebangsaan (SK) Sibugal Besar dari Kampung Nelayan Tengah dan Kampung Pampang untuk ke sekolah menimbulkan simpati.

Simpati kerana berpuluh-puluh tahun Sabah juga sudah menjadi sebahagian daripada Malaysia, duit peruntukkan daripada kerajaan Persekutuan pun sudah diberikan namun pedalaman Sabah masih daif.

Salah satu bukti kedaifan itu dapat dilihat pada jambatan gantung di Sungai Batang dan bayangkan kalau ia ditutup, murid-murid terpaksa berjalan kaki kira-kira sejam untuk ke sekolah.

Namun demikian, bagus juga kuasa viral ini, menggeliat bak cacing kepanasan, punggung merah-merah bak dicucuh dengan api setelah dipersoalkan rakyat yang mahukan ketelusan.

Zaman ini bukan zaman rakyat boleh disuap dengan naratif yang sedap-sedap sahaja daripada akhbar kerana rakyat sudah bijak setelah pihak kerajaan wujudkan sekolah dan universiti.

Menariknya dalam minggu sama, Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mengambil maklum tentang keadaan itu dan telah mengarahkan MPS memperbaiki segera jambatan gantung berkenaan.

Beliau juga berang mengapa rakyat yang suka lakukan kerja-kerja viral tidak meviralkan semula usaha pantas daripada UMNO Libaran.

Dalam erti kata lain sekiranya Bernama.com tidak turun padang dan membongkar realiti kepayahan murid-murid yang sepatutnya diberi keutamaan untuk menimba ilmu dengan selesa, masalah kekal ‘tepu’.

Apalah guna ada pegawai Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) ramai-ramai kalau masalah jambatan gantung yang wujud sekian lama pun tak pernah ambil tahu dan ibarat berpeluk tubuh bertahun-tahun lamanya.

Baik berikan sahaja jawatan pegawai MPS itu kepada kumpulan media yang sanggup masuk ke pelbagai ceruk untuk melihat realiti yang perlu diselamatkan.

Paling kurang gaji sebagai wakil media dapat, elaun jadi pegawai khas MPS pun dapat, isu rakyat diangkat dan diselesaikan, nama kerajaan Sabah dan semua yang terlibat tidaklah busuk.

Namun demikian, berikut adalah komen-komen yang ditinggalkan pada Facebook Bung Moktar sehingga hari ini:

(Visited 515 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button