Mahkamah

Warga Pakistan dipenjara 12 tahun curi motosikal majikan

Berang apabila gaji tidak dibayar, seorang tukang rumah warga Pakistan bertindak mencuri motosikal majikannya membawa padah apabila dia dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret,
Ayer Keroh, Melaka di sini hari ini.

Tertuduh, Umar Farook, 22, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Mazana Sinin.

Mazana menjatuhkan hukuman tersebut selepas tertuduh mengekalkan pengakuan bersalah pada sebutan kes tersebut hari ini.

Mengikut pertuduhan, Umar didakwa dengan niat curang mencuri motosikal Honda FS 150 bernilai RM8,000 yang menjadi milik Mohd. Zamri Sahari, 34, di tapak projek Jalan Bukit Duyong, Melaka
kira-kira pukul 5.30 petang pada 30 Mei lalu.

Kesalahan itu dilakukan di tapak projek Jalan Bukit Duyong, dekat sini, pada kira-kira jam 5.30 petang 30 Mei lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara tidak kurang setahun dan maksimum tujuh tahun serta denda, jika sabit kesalahan.

Tertuduh tidak diwakili peguam dalam rayuannya memberitahu dia sudah lima tahun bekerja sebagai buruh binaan di negara ini lalu meminta mahkamah menjatuhkan hukuman ringan dengan alasan perlu
menyara ibunya yang sudah tua di Pakistan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Sharina Farhana Nor Sa’ari bagaimanapun meminta mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal.

Mengikut fakta kes, pengadu mendapati motosikalnya hilang pada hari kejadian semasa berada di Jalan Bukit Duyong.

Selepas mendengar hujahan kedua-dua belah pihak, mahkamah memutuskan tertuduh dikenakan hukuman 12 bulan penjara dari tarikh tertuduh ditangkap.

Tertuduh ditangkap di satu sekatan jalan di Bentong, Pahang ketika menunggang motosikal pada 16 Julai lalu dalam keadaan mencurigakan.

Bagaimanapun, hasil pemeriksaan polis, motosikal yang ditunggang tertuduh dilaporkan hilang berdasarkan laporan yang dibuat di Balai Polis Kandang, dekat sini dan tertuduh mengakui mencuri
kerana gajinya melebihi RM5,000 tidak dibayar. – SM

(Visited 336 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button