Berita

Gajah jantan ditemui mati di Sukau

SEEKOR gajah jantan berusia lima tahun ditemui mati, oleh kakitangan Jabatan Hidupan Liar Sabah di kawasan Ladang Malangking, Sukau dekat sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Supt Dzulbaharin Ismail berkata, pada mulanya Jabatan Hidupan Liar, telah menerima maklumat mengenai seekor gajah yang berada di kawasan ladang berkenaan, dalam keadaan tidak stabil.

“Ekoran maklumat tersebut, kakitangan jabatan berkenaan ke ladang itu untuk membuat pengesahan maklumat yang diperolehi itu, namun sebaliknya mereka menemui seekor gajah yang telah mati pada jam 3.40 petang,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Dzulbaharin berkata susulan penemuan itu, pihak Jabatan Hidupan Liar membuat satu laporan polis semalam pada 8.05 pagi dan pihaknya telah menjalankan siasatan di tempat kejadian bersama jabatan itu serta unit veterinar Kota Kinabalu.

“Hasil bedah siasat mendapati tiada kesan kecederaan atau tembakan pada kesemua badan gajah, namun pemeriksaan pada organ dalaman, dipercayai ada kesan jangkitan kuman di bahagian paru-paru.

“Sebanyak tujuh sampel telah diambil untuk tujuan analisis di Jabatan Kimia Malaysia, bagi mengenal pasti punca kematian sebenar gajah tersebut,” katanya.

Sementara itu, Dzulbaharin berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 37 Enakmen Pemeliharan Hidupan Liar 1997 iaitu mencederakan haiwan hidupan liar atau dilindungi.

— BERNAMA

(Visited 100 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button