Politik

Kita silap jika fikir darurat hanya tertumpu pada ketenteraan dan senjata

Kerajaan Darurat dari perspektif keselamatan

1. Kerajaan Darurat boleh dianalisis dari pelbagai sudut. Terutamanya dari sudut Perlembagaan dan/atau dari sudut keselamatan dan pengurusan keselamatan.

2. Saya hanya mampu memperincikan penguatkuasaan pemerintahan darurat dari sudut keselamatan dan pengurusan keselamatan.

3. Dalam kajian keselamatan terdapat beberapa kaedah untuk pembentukan dan penguatkuasaan pemerintahan darurat. Antara yang paling utama adalah kaedah sekuritusasi.

4. Kaedah ini memberi kuasa eksekutif kepada Presiden atau Perdana Menteri untuk isytiharkan sesuatu isu menjadi ancaman keselamatan yang nyata, perlu ditangani secara segera (with urgency) dan perlu diselesaikan menerusi kaedah luar biasa (extraordinary approaches).

5. Kaedah ini dilaksanakan setelah dikenalpasti pencetus ancaman, punca ancaman, tahap (intensity) ancaman dan pihak yang terancam.

6. Menerusi kaedah ini, Presiden atau Perdana Menteri di sesebuah negara berfungsi sebagai Ketua Eksekutif Pengurusan Keselamatan yang dibantu oleh kumpulan pakar pelbagai bidang selari dengan ancaman yang mahu ditangani.

7. Menerusi kaedah ini, ancaman keselamatan ditangani secara hands-on, fokus, terselaras, terancang, lebih cekap dan lebih berkesan.

8. Kumpulan pengurusan keselamatan seperti ini mempunyai kuasa eksekutif untuk memformulasikan langkah, pendekatan, dasar dan undang undang untuk menangani ancaman keselamatan.

9. Tindakan ini dirumus mengikut bentuk dan intensiti ancaman. Contohnya, kalau perintah darurat dibuat untuk atasi ancaman wabak, kaedah mengatasinya tidak memerlukan kaedah peperangan secara fizikal. Kalau ancaman itu menjejaskan sektor ekonomi, kaedah mengatasinya juga berbentuk ekonomi.

10. Dalam konteks pemerintahan darurat, lazimnya rakyat menganggap hanya pendekatan ketenteraan dan persenjataan sahaja jalan keluarnya. Ini silap. Paling penting sesuatu pentadbiran darurat adalah untuk mengatasi ancaman kepada nyawa, kehidupan, dan kesejahteraan rakyat jelata.

11. Akhir sekali, menerusi kaedah darurat, fungsi parlimen mungkin digantung dan amalan politik demokrasi mungkin tergendala. Namun kita tak usah khuatir dan bimbang. Pemerintahan darurat adalah pemerintahan berasaskan perlembagaan untuk memulihkan keselamatan rakyat dalam serba serbi bidang kehidupan.

Datuk Dr Ruhanie Ahmad
Penganalisis Keselamatan Nasional

(Visited 107 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button