Hiburan

Fasha Sandha sedih tidak jadi raya di Perlis kerana dijangkiti Covid-19

PELAKON Fasha Sandha sedih apabila dia dijangkiti virus COVID-19 ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri di kampung halaman suaminya, Aidil Aziz di Rembau, Negeri Sembilan.
Ekoran itu dia terpaksa membatalkan niat untuk berhari raya di Perlis
Dalam hantaran di Instagram semalam, dia berkata, mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak raya pertama.
“Hati siapa yang tidak hancur… kisahnya sejak raya pertama terus bersin tanpa berhenti.
“Ingatkan nak selesema biasa saja… husnuzon, 13 jam dalam perjalanan dari Rembau, berhenti KL sekejap, sambung perjalanan ke Perlis.
“Makan apa-apa rasa tawar, hati ni tiba-tiba rasa tak sedap hati, terus pegi klinik dan check COVID-19 sebelum nak jumpa keluarga di Perlis.
“Ya benar, berjaya mendapat COVID-19 dari Rembau. Nasib la, pergi check, kalau tak check, makanya saya membawa virus ni semua di Perlis. Dah la di Perlis ni ada ramai orang tua dan berisiko tinggi.
“Alhamdulillah Allah lindung mereka daripada COVID-19. Ini dugaan raya kami,” kongsi Fasha turut berkongsi video dia menangis apabila mengetahui dirinya dijangkiti virus itu.
Fasha mengakui dia berasa amat sedih apabila rancangannya untuk beraya bersama keluarga di kampungnya di Perlis hancur disebabkan sikap orang lain yang pentingkan diri sendiri.
“Sedih tak dapat beraya dengan keluarga Perlis satu perkara. Lagi satu sedih teramat sebab 99 peratus di sana bila kami beritahu kena COVID-19, dia orang menganggap ni demam biasa saja.
“Siapalah yang keluar beraya masa ada virus ni, kan. Memanglah selfish.
“Kerana kau punya selfish, kau tahu kau tak sihat, tetap keluar beraya, pass virus pada orang lain. Hancur plan raya saya dengan keluarga Perlis saya.
“Hari ni sambung perjalanan kami ke KL, 10 jam lagi nak mengadap jalan jam,” ujarnya. – SM
(Visited 19 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button