Luar Negara

Coronavirus: Lebih ramai pesakit pulih

BEIJING, 4 Feb  — Lebih ramai pesakit di China yang dijangkiti novel koronavirus (2019-nCoV) telah pulih dan dibenarkan keluar hospital, lapor agensi berita Xinhua.

Pada Isnin seorang pesakit di bandar Suining di wilayah Sichuan barat daya China dibenarkan keluar hospital, menjadikan jumlah keseluruhan seramai 13 orang.

Sementara itu, di wilayah Fujian timur China seorang pesakit juga dilaporkan telah pulih.

Di Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang selatan China, lima pesakit dibenarkan pulang.

Sementara itu, pada Ahad 18 pesakit dibenarkan keluar hospital di wilayah Jiangxi timur China.

Di seluruh China sejumlah 475 pesakit pulih pada Ahad.

— BERNAMA

(Visited 112 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button