NasionalPolitik

PN perlu dirujuk sebelum membubarkan Parlimen

PERIKATAN Nasional (PN) perlu dirujuk sebelum sebarang langkah diambil bagi membubarkan Parlimen.
Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ini kerana PN adalah parti utama yang menyokong pembentukan kerajaan sekarang yang dipimpin oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
“Semalam saya dan pimpinan parti-parti anggota Perikatan Nasional telah mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, di Sri Perdana diikuti majlis berbuka puasa.
“Yang hadir ialah Presiden Pas. Tuan Guru Tan Sri Abdul Hadi Awang, Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan (Presiden STAR Sabah), Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee (Presiden SAPP) dan Senator Datuk Dr Dominic Lau, (Presiden GERAKAN).
Kami membincangkan hal ehwal semasa yang berkaitan dengan kepentingan rakyat dan negara.
Dalam pertemuan ini Perdana Menteri menekankan hubungan kerjasama dengan Perikatan Nasional dalam kerajaan Persekutuan dan memberikan komitmen untuk berunding dengan PN dalam menentukan dasar-dasar utama negara.
“Saya juga antara lain mengingatkan Perdana Menteri bahawa PN sebagai parti utama yang membentuk Kerajaan Persekutuan hendaklah dirunding terlebih dahulu dalam menentukan tarikh pembubaran Parlimen,” kata Muhyiddin dalam hantar di Facebook. SM
(Visited 237 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button