Politik

Biarlah rakyat yang tentukan, kata calon KM Melaka dari PN

Calon Ketua Menteri Melaka Datuk Mas Ermieyati Samsudin menyerahkan nasibnya kepada rakyat untuk membuat keputusan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang akan berlangsung Sabtu ini.

Itu kenyataan ringkas Mas Ermieyati, beberapa jam selepas diumumkan sebagai calon Ketua Menteri Melaka oleh Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau yang akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri Melaka Tanjung Bidara berkata, dia menawarkan komitmen dan prestasi kepada rakyat negeri tersebut.

“Biarlah rakyat yang tentukan Ada yang mengundi berdasarkan calon parti atau kelayakan. Apa yang saya tawarkan ialah komitmen dan prestasi saya,” tulis belia di Facebook.

Pada PRN Melaka yang akan berlangsung Sabtu ini, Mas Ermieyati berhadapan pertandingan tiga penjuru. Beliau ditentang oleh calon Barisan Nasional Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan calon Pakatan Harapan Zainal Hassan.

Jika menang dan PN menguasai Kerusi DUN, maka Mas Ermieyati akan menjadi wanita pertama menjawat jawatan nombor satu dalam kerajaan negeri sebagai Ketua Menteri.

Sebelum ini Barisan Nasional menamakan Datuk Seri Sulaiman Md Ali dan Pakatan Harapan mencalonkan Adly Zahari sebagai Ketua Menteri bagi parti masing-masing sekiranya memenangi PRN Melaka.

Kedua-dua mereka merupakan bekas Ketua Menteri Melaka dan menerajui jawatan tersebut dalam tempoh tidak sampai dua tahun.-SM

(Visited 127 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button