Nasionalpilihan

RISDA lancar logo Jubli Emas sempena ulang tahun ke-50 penubuhannya

PIHAK Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) semalam telah melancarkan logo Jubli Emas sempena ulang tahun penubuhan RISDA yang ke-50 yang bakal disambut pada 8 Februari 2023.

Menurut Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid pelancaran logo ini juga bakal menjadi lambing pemasaran bahan-bahan promosi peningkatan imej RISDA dalam kalendar sepanjang tahun hadapan.

“Pelancaran logo ini turut bertujuan menyampaikan kesedaran kepada khalayak mengenai kejayaan perkhidmatan dan produk RISDA yang telah banyak membantu pekebun kecil meningkatkan taraf sosio ekonomi. Kisah-kisah kejayaan ini ahan diabadikan dalam bentuk Jelajah 50 Tahun RISDA, Penerbitan Dokumentari, Majalah, Iklan dan pelbagai produk bercetak atau elektronik lain.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid menyempurnakan Majlis Pelancran Logo Jubli Emas sempena ulang tahun penubuhan RISDA yang ke-50 yang bakal disambut pada 8 Februari 2023 sambil disaksikan oleh Pengerusi RISDA Datuk Seri Hj Mohd Salim bin Mohd Sharif.

Selain itu, RISDA akan mengtengahkan beberapa majlis pengiktirafan masyrakat pekebun kecil yang telah banyak berjasa kepada industri getah negara dalam siri sambutan 50 tahun akan datang.”

Beliau berkata demikian dalam ucapan di Majlis Perhimpunan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Bulan Jun Tahun 2022 yang berlangsung di Ibu Pejabat RISDA semalam.

Umum mengetahui masyarakat pekebun kecil adalah tulang belakang kepada industri getah negara dimana komuniti ini sentiasa diberi perhatian oleh kerajaan untuk dimajukan dari semua aspek sama ada menerusi bantuan pembangunan lading, insentif, dana pakej rangsangan ekonomi, seterusnya pembangunan modal insan.

Oleh itu, cabaran untuk mengopyimumkan sumber getah negara, melalui peningkatan produktivi, penggunaan kadar guna tanah, pengukuhan daya saing produk berasaskan getah, program pewujudan pakar dalam industri getah dan kolaborasi berasaskan teknologi bersama-sama agensi kerajaan berkaitan adalah antara aspek yang akan diketengahkan RISDA untuk menghadapi fasa seterusnya.

Datuk Seri Mahdzir Khalid ketika berucap di majlis tersebut.

Terkini, bagi tujuan kesejahteraan dan kemakmuran pekebun kecil, pihak kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dan RISDA menyampaikan pelbagai bentuk bantuan dengan jumlah peruntukan tahun ini sebanyak RM508juta.

Pada masa ini, RISDA mempunyai seramai 552,543 orang pekebun kecil dengan keluasan tanaman getah lebih 1juta herktar. – SM

Artikel berkaitan > RISDA fokus dalam pembangunan getah matang

 

(Visited 804 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button