NasionalSukan

‘Selangor Xtiv Virtual 2020’ tawar hadiah RM413,000

DUDUK di rumah tidak semestinya perlu berdiam diri sahaja, justeru hadiah berjumlah RM413,000 ditawar kepada peserta program ‘Selangor Xtiv Virtual 2020’.

Mengikut kepakaran atau minat dalam bidang sukan masing-masing peserta boleh memilih tiga kategori iaitu ‘Xtiv Virtual e-Sport’, ‘Xtiv Virtual Run dan ‘Martial Art Xtiv’.

BACA > Syarikat, pekerja perlu tingkat integriti — Suara Merdeka

Menerusi e-Sport, terdapat lima jenis permainan boleh disertai seperti ‘Mobile Legends Bang Bang’, Player Unknown Battleground (PUBG) Mobile, FIFA20, Pro Evolution Soccer 2020 dan Defense of The Ancients (DOTA) 2.

Sebanyak RM45,000 berjaya dimenangi oleh 60 daripada 20,833 peserta (4,255 pasukan) bagi fasa pertama yang bermula pada 4 hingga 17 Mei.

Bagi fasa kedua, sebanyak RM26,000 hadiah terkumpul disediakan bermula 8 hingga 27 Jun 2020.

Sementara bagi ‘Xtiv Virtual Run’ pula, pelbagai hadiah menarik termasuk gajet senaman dan telefon pintar ditawarkan kepada 16,000 peserta.

Peserta hanya perlu melengkapkan larian sejauh 10 kilometer di kawasan rumah masing-masing dengan bertemakan #thankyoufrontliners.

BACA > Tun M akui gambar pertemuan pemimpin Melayu di rumahnya sebelum berjumpa Agong — Suara Merdeka
BACA > Bon berkelakuan baik Rafizi berakhir semalam — Suara Merdeka

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan, Mohd. Khairuddin Othman, sebanyak lapan fasa akan dijalankan sehingga Disember tahun ini.

Bagi kategori seni pertahankan diri, ia merupakan julung kali diadakan di Malaysia yang melibatkan Silat, Taekwon-Do, Wushu dan Silambam.

Penyertaan terbuka kepada semua peringkat umur dengan tawaran hadiah sebanyak RM51,000 kepada 2,000 peserta.

“Program ini merupakan usaha kerajaan negeri bagi memastikan setiap lapisan masyarakat khususnya belia terlibat dalam aktiviti berfaedah di rumah sepanjang PKP.

“Ketiga-tiga program ini secara keseluruhannya menawarkan hadiah terkumpul berjumlah RM413,000 termasuk wang tunai dan pelbagai hadiah menarik untuk dimenangi,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan ‘Selangor Xtiv Virtual 2020’ di Foyer Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri di Shah Alam, hari ini.

Tambah beliau, penyertaan adalah terbuka kepada seluruh dunia dengan menyasarkan sehingga 30,000 penyertaan.

BACA > Rusuhan AS: Pasukan bersenjata dikerah — Suara Merdeka
BACA > Netizen kongsi bagaimana Jepun ‘ajar’ pemandu mabuk — Suara Merdeka

Mereka yang berminat untuk menyertai boleh melayari Facebook Selangor Xtiv Virtual 2020. – SM

(Visited 348 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button