NasionalNegeri

Raja Muda Perlis ketuai lawatan ke Arkib dan Galeri UniSZA

RAJA Muda Perlis, Brigedier Jeneral Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengetuai Komander-Komander Rejimen Askar Wataniah dari seluruh negara melawat Arkib dan Galeri Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di Kuala Terengganu, baru-baru ini.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan menerima ceceramata ketika berkenan melawat Arkib dan Galeri UniSZA di Kuala Terengganu, baru-baru ini.

Kunjungan ke pusat sumber dan rujukan utama para pelajar UniSZA yang menyediakan perkhidmatan maklumat terkini, lengkap dan tersusun dalam persekitaran yang kondusif di dalam Perpustakaan Al-Wathiqu Billah universiti tersebut diadakan bersempena mesyuarat Sidang Komander Askar Wataniah (SKAW) Siri 34 bagi Tahun 2023 dari 14 hingga 16 November lalu.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan bergambar ketika mengetuai lawatan ke Arkib dan Galeri UniSZA di Kuala Terengganu, baru-baru ini.

Menyambut dan seterusnya mempersembahkan taklimat ialah Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UniSZA iaitu Prof. Ts. Dr. Shukor Abd Razak serta para pegawai kanan universiti.

Berangkat sama ialah Raja Muda Kedah, Brigedier Jeneral Tengku Sarafudin Badlishah ibni Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin; Tengku Seri Temenggong Raja Terengganu, Brigedier Jeneral Datuk Seri Tengku Baharuddin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah dan Tengku Panglima Raja Pahang, Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan melihat pameran ketika berkenan melawat Arkib dan Galeri UniSZA di Kuala Terengganu, baru-baru ini.

Turut hadir ialah Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim selaku Pengerusi Mesyuarat; dan Asisten Panglima Pasukan Simpanan Tentera Darat Malaysia (TDM), Mejar Jeneral Datuk Abdul Rahman A Wahab.

Sejurus selepas itu delegasi tersebut mengadakan kunjungan ke Menara 2 Drawbridge bagi menyaksikan Demonstrasi Jambatan Angkat.

Jambatan sepanjang 638 meter ini merupakan ‘Drawbridge’ yang pertama di Asia Tenggara dan jambatan keempat yang merentasi Sungai Terengganu.

Drawbridge ini telah mendapat pengiktirafan Anugerah Emas Pelancongan Malaysia 2019 sebagai Ikon Pelancongan Baharu Terbaik dan juga menjadi salah satu tarikan untuk pelancongan utama di negeri Terengganu.

Reka bentuknya yang unik juga membolehkan ia dinaikkan dan diturunkan menggunakan sistem hidraulik bagi memudahkan pelbagai jenis kapal melaluinya bagi urusan pengangkutan maritime.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan melawat Drawbridge’ yang pertama di Asia Tenggara di Kuala Terengganu, baru-baru ini.

Pegawai Operasi Kuala Terengganu Drawbridge, Mohd Amran Mat Jusoh mempersembahkan taklimat mengenai Drawbridge berkenaan kepada para tetamu yang hadir.

Untuk rekod, pada sidang kali ini, ahli SKAW turut diberi pendedahan mengenai Kertas Putih Pertahanan, Strategi Ketahanan Negara 2.0 dan Relevansi AW dalam aspek pertahanan negara yang dikongsikan oleh Timbalan Panglima Tentera Darat. – SM

(Visited 53 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button