Bencana alamRencana

Sepasang kekasih disambar petir

DETIK cemas yang dilalui oleh sepasang kekasih apabila mereka disambar petir ketika berdua-duaan dalam khemah.

Kejadian yang tidak diduga itu berlaku pada 23 September lalu ketika kedua-dua pelajar kolej itu berkhemah di sebuah lokasi pusat pelancongan popular terletak di Bukit Waruwangi, Indonesia.

Menurut pihak polis tempatan, Iptu Sigit Dermawan, sebelum kejadian, pasagan kekasih itu telah menyewa sebuah khemah daripada pusat pelancongan tersebut.

Kemudian mereka mendirikan khemah bersaiz 2 kali 2 meter itu di bawah pokok sebelum hujan turun dengan lebatnya dan disertai petir.

Menurut seorang saksi, kira-kira pukul 11.30 pagi (waktu tempatan) mereka terdengar bunyi detuman petir di sekitar khemah mangsa, kemudian saksi menghampiri khemah tersebut dan mendapati khemah rosak ekoran kesan dipanah petir.

Kemudian saksi melihat ke dalam khemah untuk memeriksa keadaan penghuni khemah tersebut dan mendapati pasangan kekasih itu tidak sedarkan diri.

Susulan daripada kejadian tersebut, salah seorang dari mereka maut di tempat kejadian, manakala seorang lagi cedera parah dan sedang dirawat di hospital berdekatan. – SM

(Visited 281 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button