Rencah Hidup

‘Saya bertuah ada Noorainee’, Muhyiddin cerita kisah ketika dirawat kanser

BEKAS Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin menceritakan beliau pulih dengan cepat daripada kanser kerana mempunyai isteri yang sentiasa memberi semangat.

Katanya, ketika seseorang diserang kanser dan menjalani rawatan bukan hanya semata-mata memerlukan kasih sayang tetapi juga mempunyai seseorang untuk menjaga diri pesakit.

Muhyiddin berkata, beliau bertuah kerana mempunyai Puan Sri Noorainee Abdul Rahman sebagai isteri yang bertindak seolah-olah seperti seorang nurse ketika beliau menjalani rawatan kanser.

“Bila berhadapan soal sebegini mesti ada seorang yang bukan sekadar memberi kasih dan sayang tetapi menjaga. Pasal kita dalam keadaan yang tidak sihat. Duduk di rumah selalu. Lepas itu ulang alik ke hospital. Siapa yang nak jaga.

“Saya bukan boleh ingat ubat apa yang doktor beri. Nama pun saya tidak tahu, Tetapi isteri akan beritahu waktu ini makan ini, waktu ini makan ini.

“Alhamdullilah saya rasa, saya pulih agak cepat antara lain bukan kerana doktor yang melayan kita, merawat kita, kerana ada isteri tersayang, yang membantu memberikan semangat untuk kita tahan menghadapi macam-macam cabaran yang dikaitkan dengan kanser. Itu sebab saya rasa cukup bertuah dalam soal ini.,” kata Muhyiddin ketika ditemubual oleh portal Garasi TV malam tadi.

Muhyiddin dimasukkan ke hospital pada 2018 bagi menjalani rawatan kanser di pankreas. Ketika itu beliau merupakan Menteri Dalam Negeri.

Selepas lebih tiga tahun mendapat rawatan, Muhyiddin berkata, beliau kini disahkan sihat oleh doktor.

“Alhamdullilah Doktor kata, CT Scan sudah nampak ok. Bagaimana urus keadaan, ini soal kesihatan tak boleh main-main. Kalau tidak jaga betul-betul kemungkinan lebih teruk. Macam kes-kes kanser yang lain.

“Saya agak bertuah kerana Allah beri saya nyawa lagi. Boleh bangun dan bekerja seperti biasa. Masih bergiat dalam kerajaan dalam politik. Ini kerana saya sentiasa jaga kesihatan.

“Bila buat pembedahan (masa rawatan dahulu) sebahagian pankreas dipotong. Jadi sekarang ini bila saya makan tidak seperti dulu. Tengok badan saya ramping berbanding dulukan,” katanya berseloroh.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia itu menasihatkan agar rakyat sentiasa menjaga kesihatan.-SM

 

(Visited 483 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button