NasionalpilihanUncategorized

Kerajaan sedia insentif bawa pelancong China ke Malaysia

Kerajaan menyediakan isentif di bawah padanan geran penerbangan kepada pengusaha pelancongan dan syarikat penerbangan bagi membawa lebih ramai pelancong dari China melawat Malaysia terutama menjelang Tahun Melawat
Malaysia 2026.

Ketua Pengarah Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) Datuk Dr. Ammar Abd. Ghapar berkata, isentif yang diberikan itu berikutan kekurangan penerbangan terus dari China ke Malaysia yang menjadi kekangan.

Ammar Abd. Ghapar.

Menurutnya, tahun lalu kedatangan pelancong dari negara tersebut hanya mencecah 1.4 juta namun Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menyasarkan lima juta pelancong pada tahun ini melalui isentif yang diberikan itu.

“Kita melihat perkara ini lebih positif dan telah saya nyatakan kita ada beri isentif galakan kepada pengusaha pelancongan untuk buat penerbangan carter.

“Isentif turut diberikan kepada mana-mana syarikat penerbangan yang telah terbang ke Malaysia ingin menambah jumlah penerbangan dari seminggu dua kali kepada empat kali seminggu.

Ab. Rauf Yusoh bergambar kenangan di Melaka Wonderland Theme Park and Resort, Ayer Keroh, Melaka.

“Kita juga turut memberikan isentif jika ada syarikat penerbangan yang ada ini supaya memikirkan untuk perjalanan baharu di mana-mana destinasi di negara ini,” ujarnya kepada pemberita pada Majlis Penganugerahan Malaysia Book of Records (MBOR) Largest Lighting Event in Water Theme Park dan First Lighting Event in Water Theme Park di Melaka Wonderland Theme Park and Resort di sini malam tadi.

Majlis tersebut telah disempurnakan Ketua Menteri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh serta dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Melaka Wonderland, Seow Cheng Swee.

Mengulas lanjut Ammar berkata, tiga pilihan tersebut kepada syarikat penerbangan termasuk menambah kapasiti pelancong dari China bagi mencapai sasaran lima juta tahun ini dan persediaan sempena Tahun Melawat Malaysia 2026.

Dalam pada itu beliau berkata, penganjuran Tahun Melawat Negeri membabitkan Melaka, Perak, Kelantan dan Perlis akan menjadi kayu pengukur persediaan kerajaan menganjurkan Tahun Melawat Malaysia 2026.

“Kita creating momentum supaya orang bersedia dan tahu pada 2026 itu adalah Tahun Melawat Malaysia dan saya yakin tak berapa lama lagi ada beberapa negeri lain untuk menganjurkan Tahun Melawat Negeri 2025,” ujarnya.

Menurutnya, promosi dan publisiti perlu berterusan serta tidak boleh berhenti kerana produk-produk di empat buah negeri tersebut mempunyai pasaran yang baik.

Justeru katanya, empat negeri terbabit disaran untuk terus menganjurkan Tahun Melawat Negeri pada tahun hadapan iaitu menjelang persediaan kerajaan menganjurkan Tahun Melawat Malaysia 2026. – SM

(Visited 36 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button